Tuesday, 27 October 2026

Sarapan @ Nasi Kandar Stadium, Sri Gombak


Hujan manja di pagi Ahad. Ikutkan nak tarik selimut tapi dah beberapa kali Walid dok ajak rasmikan kedai nasi kandar terbaru di Sri Gombak ni, jom la kita. Lepas ni susah dah nak cukup korum bila mana Abang akan balik ke Asasi dan Angah Kakak balik asrama. 

Alhamdulillah the million dollar view dah nampak balik dah....syukur, jerebu dah hilang nampaknya. Cuma awan tebal, gelap macam nak hujan lagi...

Selain mai rasmi kedai baru, rasmi juga tudung baru. Tudung pemberian MZ 💕

Antara menu roti yang ada... 

Kedai baru buka, cantik dan bersih. 
Mungkin sebab baru, service lambat sikit.  Jarang kedai nasi kandar serve lambat kan... 

Pilihan Abang dan Kakak. 
Nasi agak sikit. Biasa kedai nasi kandar ni nasinya banyak. Bagus juga, sure makan habis. Yang tak bagusnya, tak dapatlah Ummi nak tumpang makan macam di Nas Bistro yang nasinya menggunung tu 😅

Depa dah nak habis makan baru order kami sampai satu, satu. 

Roti Puri untuk Ummi.
Kuahnya sikit, tak padan dengan roti 2 keping tu. Satu lagi pencicah tu tak berkuah. 

Mee goreng telur mata pilihan Walid.
Sedap but again, portion agak kecil. 

Megi goreng Adik pula menimbun... 
Rezeki masing-masing kot, ada banyak ada sikit 😁

Angah ambil nasi putih lauk ayam. Sekejapan je dia makan licin pinggan. Tambah order, roti bakar pulak. Tengah membesar, selera makan pun besar :) 

Lauk pauk banyak juga pilihan. Bagus, ada tanda harga sekali. 

Geram tengok bendi rebus dan cili hijau ni... 

Ummi pertama kali tengok kandar powder ni. Bila tanya pelayan tu dia kata makan dengan kambing. Tak pernah jumpa tak tahu untuk apa. Dia pun tak explain, Ummi pula malas nak tanya banyak sebab ada customer belakang Ummi. 

Ummi nak juga rasa nasi kandarnya jadi tapau la lauk ayam goreng, sayur kobis dan telur mata. Sedap juga karinya, kari style mamak Penang. 

Konsep restoran ni nasi kandar Penang.  Berkongsi syarikat induk yang sama dengan Q Bistro. No wonder la kedainya selesa dan terurus. Kedai ni tutup untuk solat Jumaat jam 1-2 ptg. Ada notis tapi lupa nak ambil gambar. 

Terima kasih Walid belanja.
Semoga diganti 1000x ganda rezekinya 🤲🏻🤲🏻🤲🏻



2 comments:

  1. Oh, Nasi Kandar Stadium ni sama co dengan Q Bistro ke? Dekat Gelang Patah, ada jugak Nasi Kandar Stadium, kita ingat dia guna nama tu sebab dekat dengan Stadium Sultan Ibrahim. Tak pasti la, tengok macam sama cawangan dengan yg GP ni, sebab background warna merah tu sama, hihi. Memang nampak sikit portion dia tu, kalau kita pun tak cukup tuuu, PH.

    ReplyDelete
  2. Wah, nampak menarik la kedai ni. Baru tau Q Bistro pun ada restoran nasi kandar jugak. Mungkin restoran ni nak bagi harga nampak murah tu yg bagi portion sikit je.

    ReplyDelete