Tuesday, 11 February 2025

Melawat Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah

Alhamdulillah kereta Walid siap on time, jadi dapatlah kami teruskan rancangan nak jalan² sempena cuti sekolah kali ni. 

Destinasi pertama kami tujui ialah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah (NECC).



Untuk ke sini, keluar di Exit Lanchang. 

Dari Plaza Tol Lanchang ke Kuala Gandah ±10 km. 

Banyak juga kenderaan keluar masuk di sini. 



Kiri untuk ke Raub, Bentong & KL. 
Jalan dalam agaknya. Ada rezeki boleh teroka di lain masa. Suka lalu jalan lama/jalan dalam, boleh jumpa tempat² yang tak pernah tahu pun kewujudannya, di samping dapat tengok suasana kampung yang sentiasa menggamit memori. 

Dah sampai...

Sampai di sini, kita diminta mendaftar dulu. 
Ramai juga penghujung termasuk foreigners

Isi borang dan serahkan di kaunter pendaftaran. Tiada entrance fee tapi boleh bagi sumbangan seikhlas hati jika mahu.

Di ruang legar ni banyak informasi tentang gajah dipamerkan/disediakan. 

Terkejut baca info, sebatang gigi geraham gajah bertanya 4 kg! 

Suka sangat tempat ni, kawasan persekitarannya bersih dan terjaga. 

Nampak dah gajah...
Ada 4 ekor dekat sini. Rasanya anak² lagi ni.. 

Boleh bagi makan gajah. 
Tebu dan pisang ada dijual di sini. 

Ada surau dalam NECC ni. 
Tandas pun bersih 👍🏻

Gerai cenderahati

Cafe pun ada, tapi kami tak masuk. 

Kami ke pentas utama. Sepatutnya ada pertunjukan gajah tapi sebab besoknya ada VIP nak datang, jadi show ditukar ke full rehearsal untuk program esoknya. Rezeki kami alhamdulillah... 

Perarakan masuk anak³ gajah.
Yang first ni lupa namanya. She's born here, in Kuala Gandah. Umur dalam 5-6 tahun. 
Anak³ gajah pun dah setinggi orang. 

Tunduk hormat, comel sangat ...

Then ada demo tangkap gajah liar dengan bantuan gajah denak. Kaedah ni yang digunapakai sekarang utk penangkapan dan pemindahan (translokasi) gajah. 

Pian, Abot dan Siti. 
Pian dari Myanmar, umur 51 tahun dah. 
Abot comel, 28 tahun. Siti 24 tahun kot. 

Sebelum tahun 1974, kaedah menangani konflik antara gajah dan manusia ialah dengan membunuh gajah tersebut. Kemudian ditukar dgn teknik melasikar atau lasso iaitu teknik menangkap gajah menggunakan tali lasso atau tali jerut. Teknik ni dipelajari dari India. Beberapa ekor gajah dari India telah dibawa ke negara kita untuk menjayakan program ni. Nama gajah² India ni diabadikan di dinding pintu masuk NECC ni. Antaranya Ganesh, Lan Bahadul dan Paul Bahadul. Kemudian, kaedah bertukar kepada pemberian ubat pelali dan sekarang menggunakan gajah denak semasa proses translokasi. Mungkin tak berapa tepat info Ummi ni tapi lebih kurang begitulah. Yang penting kaedah penangkapan gajah liar semakin baik dan tiada kekerasan digunakan. 

Peranan gajah denak dalam operasi translokasi sebagai peneman dan penenang kpd gajah liar serta peniaga mahut (penjaga gajah) sekiranya gajah liar bertindak agresif. 

Setiap gajah dijaga oleh seorang mahut (peniaga) dan seorang pengiring. 

Alam, the only gajah jantan yang ikut perarakan hari tu. 

Alhamdulillah seronok dapat peluang berinteraksi dengan gajah² ni. Anak⁴ pun seronok dapat berkunjung ke sini. Pengalaman baru untuk mereka, dan Ummi juga. Pernah tengok gajah di zoo tapi ini pertama kali dapat sentuh dan usap belalai gajah :) 

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah 
Lebuhraya Pantai Timur, 
Kampung Cempaka Kanan, 
28500 Lanchang, Pahang
Waktu Operasi: 10.30 pg - 3.30 ptg 
(Ada jadual aktiviti spt pertunjukan gajah, mandi anak gajah dsbnya, boleh rujuk dgn pihak NECC)

14 comments:

  1. Ini antara tempat yg teringin sangat nak pergi. PH takde mandi sungai dengan gajah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak SK, sesi tu sblh petang. Kami tak tunggu sbb nak ke tempat lain pula.

      Delete
  2. Masa pi Chiangmai, keluar aje airport lokasi pertama kami pergi pusat konservasi gajah, merasa la naik gajah dan masuk sungai pas tu basah kena sembur air...teringin plak nak ke sini..tapi ntah bila la kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh SA pernah dah naik gajah ye? Kami ni baru 1st time pegang gajah :D

      Delete
  3. Comelnya gajah... Last Cuya tgk gajah baru saja haritu di Zoo Melaka

    ReplyDelete
  4. Selamat datang ke Negeri Pahang. Hihi. Tahun lepas kami pergi sana. Banyak dah perubahan sekarang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa nak bgtau tuan tanah hehe ...
      Akk sekeluarga baru 1st time datang ni

      Delete
  5. PH bercerita tentang gajah ni, saya teringat nanti nak balik tumpat macamana la. Dah ramai orang share tentang gajah liar yang berjalan di jalanraya timur barat dekat gerik ke jeli. Seram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kali ni banyak berita ttg org jumpa gajah di kawasan Gerik-Jeli tu. Hati² ye ...

      Delete
  6. Dah banyak berubah. Kami pergi masa anak2 sekolah rendah dulu. Siap mandi dengan gajah, awal2 dah bawak baju spare.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesi mandi anak gajah sblh petang, kami tak tunggu. Sbb nak ke tempat lain pula Kak

      Delete
  7. Lepas covid tu pernah ke zoo malam melaka.. Dapat bagi makan gajah sambil pegang.. So, ok lah..hihihi..

    Abot = berat, dalam bahasa jawa lah.. Sesuai lah dengan gajah tu.. Kikiki

    ReplyDelete