Saturday 23 March 2024

Resepi Ramadhan #5 ~ Ikan Bakar Style KA

Dah try ke resepi Ikan Bakar Style KA?

Ummi dah cuba untuk berbuka semalam. Pesnya Ummi sediakan sebelah pagi. Petangnya tinggal nak lumur pada ikan dan bakar. Bakar pun mudah, guna air fryer je. 

Paste yang dah siap
Actually masa tengahari Ummi dah siap lumurkan pada ikan dan simpan dalam chiller. Marinade dulu jadi rasanya lebih sebati bila dibakar. 

Jom tengok resepinya!

Ikan Bakar Style KA

Bahan-Bahan
Ikan - Ummi guna siakap
1 sudu makan cili kisar
Air secukupnya
2 sudu makan gula Melaka
2 helai daun pandan - disimpul
2 sudu makan pes tomyam 
2 sudu air asam jawa pekat 
Garam secukupnya 
Minyak untuk menumis
Daun pisang - jika ada
Aluminium foil

Bahan-Bahan Kisar
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih 
Halia sebesar ibu jari
Lengkuas sebesar ibu jari
2 batang serai
Belacan bakar - sebesar ibu jari 

Cara Penyediaan
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Jika kering tambah air sikit
3. Masukkan gula, daun pandan, pes tomyam, air asam jawa dan garam. Sesuaikan rasa, tutup api. 
4. Ambil aluminium foil, alaskan dengan daun pisang. Sapu sikit minyak pada daun pisang dan sudukan pes ikan bakar tadi untuk lapisan bawah. Ambil ikan, letak di atasnya dan letakkan bagi pes ikan bakar di atas ikan. 
5. Masukkan ke dalam air fryer dan bakar pasa suhu 180°C selama 18 minit. Ummi bakar 20 minit.
6. Nikmati bersama cili kicap. 

Cili Kicap
1. Cincang halus bawang putih dan bawang merah/besar
2. Hiris halus cili padi hijau dan merah 
3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk, tambah kicap manis secukupnya dan perahkan 2 biji limau kasturi. Gaul sebati. Siap! 

Selamat mencuba πŸ€—

12 comments:

  1. Menyelerakan Ikan Bakar Bersambal ni, nak² resipi KA ya, PH. Kita tahun ni tak follow sgt posting KA.

    ReplyDelete
  2. Bahan yang digunakan pun ada ni. Boleh cuba buat nanti...

    ReplyDelete
  3. selamat berbuka puasa., menu bersahur apa pula Ummi ;p

    ReplyDelete
  4. wow resepi khairul aming

    ReplyDelete
  5. Ikan Bakar memang sedap sangat. Ratah2 lagi sedap. Thanks kongsi resepi.

    ReplyDelete
  6. Menarik ni...boleh la buat nanti next week

    ReplyDelete
  7. menu ikan bakar blum ada lg juadah ramadhan...bole cuba nanti...sedap2 menu KA share resepi kn

    ReplyDelete
  8. Isssh, resep KA ini memang banyak menggoda yaa πŸ˜„. Saya follow IG dia, dan ada coba 1 resep. Tp yg gampang saja. Memang sedaap. Kalo yg agak complicated, skip dulu, saya tak yakin berhasil πŸ˜…

    ReplyDelete