Tuesday 19 March 2024

Resepi Ramadhan #3 ~ Acar Ikan Masin

Salah satu menu pembuka selera di waktu sahur ialah Acar Ikan Masin. Anak² walaupun tak makan sangat ikan masin dan aksesorinya tapi tetap suka gaul kuahnya dengan nasi. 

Ummi guna isi ikan masin yang dibeli di Sungkai tempohari. Acar ni Ummi masak Sabtu sebelum puasa tu. Buat sebelum puasa dapatlah test rasanya. Ummi jarang buat acar sebegini jadi memang kena try test semasa memasaknya untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Kalau kari ke masak lemak ke kita dah boleh agak garam gulanya nak letak banyak mana kan ... 

Acar Ikan Masin
Sumber: Rasa

Bahan-Bahan:
Ikan masin ~200gm (ikan talang/ kurau/ malong)- rendam dulu sekejap untuk hilangkan lebihan masin
Lobak asin ~100gm potong kecil2 - tak letak 
Bawang merah 8 biji - belah 2 @ 4
Bawang putih 5 ulas - belah 2 @ 3 
Halia dihiris memanjang
Cili padi 20 biji
Kismis (raisin) - tak letak 
Saya juga tambah (optional):
Buah pala kering - ganti dengan jeruk Pak Ali 
1 sudu besar serbuk kari daging
Cuka 1 1/2 cawan
Gula 1 1/2 cawan - gula merah @ gula putih 
Garam jika perlu

Bahan Kisar:
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Cili kering yg sudah diblend, dalam 3 sudu besar

Ada sepeket Jeruk Madu Pak Ali pemberian Cik As awal tahun lepas, Ummi hiris² dan masukkan ke dalam Acar Ikan Masin ni. Kita buat dia.... Letak je apa yang ada :p 

Cara Penyediaan
1. Rendam bawang merah, bawang putih di dalam cuka (tak perlu tambah air). Biarkan.
2. Goreng ikan masin yg telah direndam dan ditoskan. Goreng sehingga garing sedikit. Angkat dan ketepikan. 
3. Dengan minyak yg sama, tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak.
4. Masukkan 1 sudu besar serbuk kari daging dan tumiskan lagi sehingga naik minyak.
5. Masukkan bahan² yg telah direndam dengan cuka tadi. Masukkan sekali dengan cuka rendaman tadi tapi agak² kuantiti agar rasa acar tidak terlalu 'tajam'. 
6. Seimbangkan rasa masam cuka dengan gula, tak semestinya 1 ½ cawan
7. Setelah itu masukkan cili padi, kismis dan lobak asin dan kacau² sebentar dan masukkan sekali ikan masin. Kacau sebati dengan api perlahan sehingga pekat dan likat.
8. Akhir sekali, perasakan dengan garam (jika perlu) dan sesuaikan rasa. Tutup api. Siap! 
 


8 comments:

  1. Ternampak pula acar ikan masin ni PH. Jeruk tu pulak.....terus terliur....

    ReplyDelete
  2. sedapnya acar ikan masin tu. dulu masa mengandung anak sulung teringin nak makan acar buah. kakak duk penang gigih poskan untuk adik dia ke pahang. hihihi. acar buah penang sedap. acar ikan masin ni belum pernah try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang acar buah juga Cie, cuma gantikan/tambah ikan masin ...

      Delete
  3. mesti sedap acar ikan masin ni...SA dulu pernah makan..dah lupa plak rasa dia macam mana

    ReplyDelete
  4. Wow...lauk minta nasi tambah ni

    ReplyDelete