Thursday 7 March 2024

Balik Kampung 1/2024

Alhamdulillah ada rezeki balik kampung cuti sekolah ni. Walid sambung tugasan di Bukit Kayu Hitam, jadi kami sekeluarga balik sekali. Ikutkan Ummi tak nak ikut sebab minggu ni banyak urusan sekolah anak⁴ yang perlu dilunaskan. Tapi, minggu sebelumnya, 26.2 Tok Umi jatuh di Pasar Payang, KT dan keesokan harinya buat pembedahan (hip injury). Alhamdulillah Sabtu 2.3 Tok Umi dah discaj. Kira balik kampung kali ni 2-in-1 tujuannya.

Tok Umi jatuh waktu berjalan nak ke kereta, keluar dari Pasar Payang dah pun. Jadi, sempatlah beli buah tangan untuk cucu¹¹. Abang & Angah dapat sampin, Kakak dapat telekung dan Adik dapat kaftan. 

Baca sini: Balik kampung Disember 2024 

Ahad baru kami travel. Sabtu tu Abang ada appointment hospital. Walid pun ada urusan hari Orentasi Darjah 1 SRAI. Alhamdulillah perjalanan smooth dari mula hingga akhir.

Singgah isi minyak di PETRONAS Tapah, bumped into Uncle Md Noor, ex teammate Walid di Syarikat Letrik dulu. 

Pastu singgah pula di Tol Ipoh Selatan, kawan sekolah Ummi Cik Yah nak bagi barang. 

Jumpa kejap je sebab masing-masing nak cepat. Tq Yah, see you again 😘

Sg Dua, 42°C @ 3.00 pm. Allah, panas berdenting w/pun dalam kereta. 

Apapun alhamdulillah, pukul 10 pg dari Gombak, pukul 4.30 ptg sampai Jitra 🤲