Monday 25 March 2024

Movie ~ Captain Phillips

Time anak² kat sekolah bolehlah Ummi layan movie. Me time sambil lipat kain atau scroll TT 🀭

Movie Captain Phillips ni entah berapa kali dah Ummi tengok. Filem berkualiti dengan barisan pelakon handalan macam Tom Hanks ni memang tak membosankan. Tengoklah berapa kali pun, tetap thrilled

Teropong lanun...

Depa mai dah...

Bengis betul muka si Mousa ni... Tapi dia baik juga, banding dengan kawan dia sorang lagi... Hat tu kerja nak tembak je :D

Laju bot lanun tu kejar kapal CP ni. 

Dah dekat dah....

Ummi suka tengok movie yang bagus macam ni sebab kita dapat tambah pengetahuan secara tak langsung. Antaranya dalam movie ni depa keluarkan hos macam hos Bomba tu di sekeliling kapal so that lanun tak boleh panjat naik atas kapal. Tapi, geng Mousa ni dapat juga naik atas kapal CP. Depa bawa senapang. Kapal ni pula katanya sekadar bawa kontena bantuan ke negara Africa, takdelah security escort

Walaupun ceritanya atas kapal je dan 4-5 orang pelakon ni saja tapi sangat best movie ni πŸ‘

Ending
Hero mestilah selamat :p





12 comments:

  1. nanti nak carik2 jugak nie...mcm best ja

    ReplyDelete
  2. Wahhh.. tak sangka PH layan movie jugak. Sy pun suka me time sambil lipat kain mcm ni.

    ReplyDelete
  3. citer Tom Hanks jarang tak best kan akak hehe

    p/s : Alhamdulillah Bong dah fully recover & kembali bekerja (selera mkn pun boleh tahan dia bulan-bulan Ramadhan ni) hehe

    ReplyDelete
  4. Saya jarang layan movie sebab selalunya movei layan saya Zzzzz🀭

    ReplyDelete
  5. Dah tengok juga movie ni. Kerja kat laut pun terdedah dengan lanun juga kan....

    ReplyDelete
  6. layan movie bestt bila tgk cerita best
    movie action

    ReplyDelete
  7. SA baru habis tengok citer Dumsel..boleh la cari citer ni plak..macam best tu..

    ReplyDelete
  8. suka juga dgn lakonan tom hank

    ReplyDelete
  9. Tak pernah tengok pula movie ni. Ceritanya dalam kapal je lah ye. Cerita bagus memang ulang² tengok pun tak jemu kan.

    ReplyDelete
  10. Saya juga sukaaaa film ini πŸŽ‰πŸ˜πŸ˜. Baguuus cerita dia. Walopun jadi terbayang juga kalo kehidupan di laut itu seraam. Banyak bahaya kan. Termasuk bajak laut seperti Mousa ini.. :(

    ReplyDelete
  11. Tak pernah tgk… la ni nak tgk movie kat mana pun taktau. Astro takde, netflix dh terminate huhu

    ReplyDelete