Monday 18 March 2024

Beli Ikan Masin di Sungkai

Sementara menunggu hidangan Daging Rusa Masak Merah disiapkan, Ummi ke kedai sebelah Mus Tomyam tu. Dari jauh Ummi nampak petai bergayutan, jadi Ummi ingat kedai buah atau kedai runcit. 

Rupanya...

Wah 😍
Elok² ikan keringnya. Nampak baru dan elok belaka walaupun 'diimport' dari Tg Dawai, Kedah ke Sungkai, Perak :D 

Sakan la Ummi shopping...

Ikan Masin ni dah selamat Ummi buat acar nak sambut puasa hari tu. Selain tu Ummi beli macam² jenis ikan masin lagi buat stock. Bagi juga sebungkus Ikan Gelama Masam untuk Mak Bee. Masa pergi Sg Besar hujung tahun lepas Ummi beli juga untuk Mak Bee. Dia suka, sedap katanya ikan masin tu. Ikan Gelama Masam ni makan dengan Pulut Tanak + Kelapa sedap tak tau nak habaq 😁

Kulat/Cendawan Sisir. Beli juga barang rare ni :) 

Buah Kulim ni boleh dibuat ubat, tapi tak ingat untuk penyakit apa 😅. Rebus dan minum airnya. Ummi tak beli pun, sekadar simpan sini gambar buahnya. 

Seronok shopping dekat kedai² kampung gini. Walau hakikatnya harganya tidaklah murah sangat pun berbanding di bandar. Tapi, kualiti (ikan masin ni) mungkin lebih elok. Itu yang rambang mata juga walaupun sekadar shopping ikan masin :D 

12 comments:

  1. bestnya ikan gelama masam..SA selalu beli..tapi beli kat econsave je la..sedap..memang laju je selera kalau ada ikan masin

    ReplyDelete
  2. Macam-macam iksn masin ada.

    ReplyDelete
  3. uish..ikan masin Gelama mmg sedap uihhh

    ReplyDelete
  4. Dari segi harga memang kadang lebih mahal dari pasaraya tapi bila hasil laut
    " orang kita" puas hati nak makan tanpa was was kan...

    ReplyDelete
  5. bulan puasa ni mmg feveret ikan masin buat pembuka selera! hehe

    ReplyDelete
  6. yg penting kualitinya kan, harga tu mmg susah dah nak expext murah sana sini harga naik. buah kulim tu boleh makan gitu je ke.. xpenag jmpa

    ReplyDelete
  7. buah kulim tu ayah ikin amal minum.doc kata buah pinggan A+. banyak khasiat buah kulim tp bila rebus air bt minum bau busuk kita xthn bau mcm bwg putih pon ada ..

    ReplyDelete
  8. first time LM tengok buah kulim

    ReplyDelete
  9. ikan masin ni , goreng bersmaa bawnag merah & cili padi pun memang layan jerr

    ReplyDelete
  10. acar ikan masin kat umah ni pun dah tinggal sikit baru masuk seminggu puasa...nak kena topup lagi gayanya

    ReplyDelete
  11. ikan masin memang sedap... lebih2 lagi kalau buat gulai ikan masin nanas.. ya Allah nikmat tak terkata..

    ReplyDelete
  12. Ikan masin makan dengan nasi panas, letak kicap....ada pulak telur goreng pun on jugak......

    ReplyDelete