Thursday 14 March 2024

Angah ~ Keputusan dan Tawaran ke F1

Alhamdulillah selepas mengharungi pelbagai ujian dan interview akhirnya semua keputusan permohonan sudah diperolehi. 


1. MRSM
UKKM pada 6.11.2023 di MRSM Sg Besar.
Keputusan UKKM pada 15.2, 22.2 dan 29.2 statusnya masih waiting list ☺️
Tahniah AS, MF, IM, HE, WNA dll yang berjaya dan telah mendaftar di MRSM masing² pada 11.3 hari tu. Tahniah Bu, anakanda bongsu berjaya ke MRSM KB 👍 Dan tak lupa buat anakanda Pia, semoga terus cemerlang . Terima kasih Mama Pia yang sentiasa selitkan doa untuk Angah juga 🌹

2. PKSK
Angah ambil PKSK pada 16.10.2023 di SBPI Gombak. Pada 6.2.2024 Angah dipanggil untuk iv TMUASemakan keputusan pada 1.3.2024, alhamdulillah Angah berjaya ke SMKA TMUA idaman hatinya 🤲


3. UKK JAIS
15.1.2024 Angah ambil UKK JAIS. Alhamdulillah Angah lulus dan dipanggil iv pada 30.1.2024 di MITS Pandan Indah. Syukur sekali lagi, 26.2.2024 Angah ditawarkan tempat ni MITS Pandan Indah 🤲 Sangat bersyukur kerana pengambilan hanya 30 orang pelajar lelaki, dan 30 orang pelajar perempuan. Privileged. Pelajar MITS dikatakan anak emas JAIS. Banyak kelebihan yang JAIS bagi antaranya elaun derma huffaz dan tiada bayaran makan asrama... Offer yang sangat susah untuk ditolak sementelah nak masuk MITS pun sangat susah sebab pengambilan terhad dan ujiannya juga tough. 

4. SMISTA
Berderet² IV Angah. Dalam tempoh seminggu tu 3 ivs termasuk SMISTA pada 3.2.2024. Pada 1.3.2024 keputusannya keluar. Sebelah pagi keluar result PKSK, jadi tidak lah berdebar sangat tunggu keputusan SMISTA ni. Bukan rezeki Angah. Katanya kuota untuk anak luar KL ialah 10%, +-10 orang saja jika pengambilannya 100 orang murid. Faham, keutamaan pastinya kepada anak² Wilayah, sama juga macam pengambilan sekolah² JAIS. 

Alhamdulillah syukur Allah bagi yang terbaik untuk Angah, sesuai dengan kehendak dia dan kemampuan kami juga. الحمد الله ثم الحمد لله 

Terima kasih semua yang sentiasa mendoakan Angah dan anak³ Ummi yang lain, yang sentiasa memberi semangat.... Diharapkan DOA² yang baik itu kembali juga kebaikannya buat kalian. Semoga anak² kita semuanya cemerlang dan menjadi aset kepada agama, bangsa dan negara 🤲
 





21 comments:

  1. Hebat hebat hebat Angah! alhamdulillah Angah anak yang bijak pandai boleh kata semua dia sapu tu...selamat menjadi budak hostel Angah,Fly high Angah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Mama Pia.
      Rezeki dia alhamdulillah ☺️

      Delete
  2. wahh Alhamdulillah tahniah Angah!

    ReplyDelete
  3. tahniah utk angah...semoga trus berjaya dunia akhirat

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...tahniah angah...semoga terus maju jaya

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah tahniah buat Angah...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah! Tahniah Angah 👏🏽
    Jadinya Angah nak ke mana tu? SMKA atau MITS?

    ReplyDelete
  7. Wah...Tahniah Angah👍
    Dan dan kita pun nak mantion juga yang kita pun angah juga..cuma dah tua jadi makngah🤣

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. Tahniah buat Angah dan PH.

    Semoga bakal hafiz ini dipermudahkan dan dilancarkan hafalannya

    2-2 anak ammi gagal juga ke SIMSTA sbb mmg kita pun tahu pemilihannya boleh tahan susah dan ketat

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah...Tahniah Angah!
    Selamat menempuh ke alam asrama dan suasana persekolahan yang baru.

    ReplyDelete
  10. Tahniah Angah nya hebat sungguh moga murah rezeki sepanjang zaman pembelajaran :D

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillahhhhh tahniahhhhhh

    ReplyDelete
  12. Tahniah Angah, PH & family... wahhh.. bestnya dapat MITS. Sekolah huffaz terpaling2 JAIS 🥰. Idaman mak ayah dok Selangor ni. Tempat kami paling dekat MITS Klang.

    ReplyDelete