Saturday 7 January 2023

Nasi Goreng Kerabu

Kali ni bunga kantan yang Cik Leha bagi Ummi masak Nasi Goreng Kerabu.

Alhamdulillah kebanyakan bahan lain pun ada, jadi kita onz je projek melayan tekak sendiri :D 

Ummi ambil resepi dari Daily Makan dan ini bahan-bahannya;

Udang Ummi gantikan dengan hirisan ayam. Ikan bilis pula Ummi ganti dengan ikan masin. Sebab geram tengok isi ikan masin belum berusik :D Petai dan sos ikan tak letak, sebab takde. 

Jom masak!

1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis/ikan masin hingga garing

2. Masukkan telur, kacau hingga masak. Angkat dan ketepikan 
3. Dalam minyak yang sama, tumis bawang merah, bawang putih dan cili. Diikuti dengan udang/ayam dan serbuk lada putih. Kacau hingga udang/ayam masak
4. Masukkan bunga kantan, serai, daun limau purut dan gaul sebati semuanya

5. Masukkan nasi, ikan bilis & telur tadi serta garam dan serbuk perasa. Kaup balik dan gaul rata
6. Biarkan seketika hingga nasi goreng masak (sedikit berasap). Tutup api. Siap! 

Campuran bunga kantan, serai, daun limau purut semua tu bukan setakat menghasilkan aroma yang padu tapi juga menambah rasa pada nasi goreng ni. 

Yang seronoknya anak3 pun makan. Selalunya nampak banyak sayur mulalah tolak tepi. Tapi kali ni, Ummi suruh rasa dulu. Hah makan pun, walaupun dikais-kais juga sayur ketepi. Bertambah pulak tu masing-masing, alhamdulillah. 


14 comments:

  1. kalau husband ammi suka buat nasi goreng bunga kantan letak ikan masin... pantang nampak bunga kantan dia ni

    ReplyDelete
  2. sedapnya
    kalau arwah mak dulu suka sgt nasi dgn campur2 camni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah orang tua-tua sukan pucuk kayu daun ulam semua ni kan Ciknur... Arwah mak PH suka buat nasi ulam esp bulan puasa:)

      Delete
  3. Sedapnya berselera tgk anak makan hilang rasa penat memasak kan PH?! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sis ...bila semua suka tu mmg puashati memasak :)

      Delete
  4. Tidak pernah buat nasi goreng kerabu tapi boleh bayang rasanya.

    ReplyDelete
  5. Mesti sedap tu PH sampai anak4 makan bertambah2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah anak2 SK, puji2 sikit siapa makan sayur byk dia bagus... Lajulah masing-masing menambah nasi haha

      Delete
  6. Untung anak² nak makan sayur... #theIMANs masih lagi sayur tolak tepi.. en suami kata nnt bila dh masuk remaja br lidah diorang dpt terima rasa sayur kot... sy iyakan saja... yg sulung tu pun x semua sayur dia mkn

    ReplyDelete
  7. sedapkan nasi grg kerabu..selalu juga order nasi grg kerabu bila mkn dkt luar,kalau masak dkt rumah sy sorang aje la yg mknnya

    ReplyDelete
  8. Fav SA dan Dania...gandingkan dengan keropok goreng tu ha...best laaa

    ReplyDelete