Friday 6 January 2023

Orang Belanja vs Belanja Orang

Ceritanya...

Adik nak beli air, atas jambatan tempat biasa. Ummi bagi RM5, minta dia turun beli, nak ajar dia berurusan dengan penjual sebab nanti masuk Darjah 1 tak kekok. Ummi park kereta sebelah gerai je.

Sementara Adik beli air tu, Ummi dok berkira-kira nak belanja Pak Dol ( guard) dan Abg Akk Rela. Depa ni jaga trafik sekolah. Dalam dok fikir tu, Adik masuk kereta sambil tersenyum lebar...

Ummi, ada orang belanja Adik ! 

Allahu Akbar, baru terdetik nak sedekah (belanja air), Allah dah bagi balasan baik.  

Terima kasih yang belanja Adik tadi. Moga diluaskan rezeki sentiasa aamiin.Mudah-mudahan Allah terima segala amal baik kita hendaknya 🀲

Mana lebih seronok? Orang belanja ke kita belanja orang? Ummi suka dua-dua :p 


10 comments:

  1. Alhamdulillah. Kena biasakan juga belanja orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin memberi, rajinlah menerima Insha Allah ☺️

      Delete
  2. orang kata tangan yang memberi lebik baik dari yg menerima. Tapi best juga la kan kalau org belanja lebih2 lagi belanja makanan :)

    Puteri Sarah Liyana Ucap Tahniah Suami Kahwin Lain

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah rezeki Allah yang tak disangka2,kita niat nak buat baik Allah terus bagi kebaikan..dua2 pun suka tapi kalau dpt belanja org lagi suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan sis? Feel dia lainkan esp bila tengok air muka org yg kita belanja tu...

      Delete
  4. dua dua pun best kan alhamdulillah murah rezeki

    ReplyDelete
  5. suka dibelanja...tp bila belanja orang dan org tu hargai rasa seronok dia lagi lain maciammm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ammi...
      Mungkin Allah hadirkan feeling tu supaya kita lagi rajin bersedekah kan?

      Delete