Tuesday 17 January 2023

Jumpa Kawan Lama di Ulangtahun ke-2 MTM Mart

Page 15, 2023

Sedar tak sedar dah 2 tahun MTM Mart Batu Caves beroperasi. Bukan senang nak bersaing dalam bidang runcit ni. Sebagai sahabat, kami pastinya sentiasa menyokong usaha Abe. Paling tidak, sebulan sekali jengah juga ke sini. 

Sempena ulangtahun ke-2 ni Abe buat majlis kesyukuran di MTM Mart. 

Ummi makan soto. Sedap! 

Rezeki hari tu, juga dapat beli telur papan :D Dah berapa bulan tak jumpa telur papan ni. Harganya pun alhamdulillah mampu beli; RM17.50 gred AA. Dekat kedai satu tu, gred D pun >RM20. 

Paling besar rezekinya of course terjumpa kawan di U dulu, yang lepas grad langsung tak pernah bersua. Kawan Ummi ni orang Sg Dua, Penang. Ada 6-7 orang dari sekolah menengah yang sama. Dua drpdnya housemates Ummi di matrik. Bila depa berkumpul riuh-rendah jadinya. Seronok berkawan dengan depa ni. Kadang tu Ummi follow depa balik ke Butterworth. Dari situ Ummi ambil bas ke Sungai Petani dan kemudian tukar pula bas ke Baling. Depa pula balik Sg Dua dengan keluarga masing-masing. 

Semoga terus sukses untuk Abe & team.  


7 comments:

  1. Semoga sukses MTM Mart walaupun tidak pernah singgah.
    Untungnya jumpa kawan ini semula. Nasib baik cam rupa.

    ReplyDelete
  2. Semoga terus sukses dan dipermudahkan segalanya.. ;)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..semoga terus success..kalau dekat sure bleh support...

    ReplyDelete
  4. selamat maju jaya MTM mart...betul bukan senang bumiputra nak bersaing kan..kita kena support local sama2 naikkan ekonomi muslim..

    ReplyDelete
  5. Moga terus maju jaya MTM Mart. Seronok tengok ada bisnes Muslim mampu bertahan.

    Wah…seronok PH dapat jumpa kawan lama.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah masih bertahan.. mmg byk dugaan org bisnes zaman post covid ni kan? Semoga mtm mart kekal bertahan

    ReplyDelete
  7. bab jumpa kawan2 ni memang best, tambah best ada makan2 .. yum yum

    ReplyDelete