Sunday 1 January 2023

Ramly, Kari Daging & UASA

Page 1, 2023

Sedih pulak dengar Jakel Shah Alam terbakar pada pagi tahun baru 2023. Beberapa tahun kebelakangan ni memang kami sekeluarga akan ke Jakel untuk beli baju raya. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan pihak Jakel dan semua yang terlibat 🤲 

Berbalik kepada tajuk, hari pertama di tahun 2023 kami sekeluarga bersarapan di Ramly Bistro. Abang dah nak balik asrama dah, jadi kesempatan yang ada ni kita manfaatkan sebaiknya 

Masing-masing pilih menu sendiri. Yang tak habis kita tapau bawak balik. Terima kasih Walid belanja 😘

Tengahari Ummi masak kari daging + kentang. Lama tak masak lauk daging sebab daging mahal! Apa yang tak mahal sekarang ni kan? 
 Kari Daging + Kentang
Mula-mula Ummi tumis 4 sekawan, bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum dan sedikit garing. Kemudian tumis pula 1 peket kecil serbuk kari daging + yg dibancuh bersama 1 peket air (guna pembungkus serbuk kari daging tu) dan daun kari hingga pecah minyak. Kemudian Ummi tambah lagi kira-kira 1/2 cawan air dan tumis lagi. Bila pecah minyak, Ummi masukkan daging. Gaul sebati hingga daging kecut. Tambah lagi 2 cawan air, tutup periuk dan renehkan hingga mendidih.Masukkan kentang dan tambah air menutupi kentang. Bila mendidih dan daging serta kentang hampir empuk, masukkan santan. Kacau sebati, masukkan garam secukupnya dan reneh hingga semuanya empuk dan secukup rasa. Tutup api. Siap. 

Kali ni masak atas dapur gas, bukan Noxxa. Lagi sedap sebenarnya cuma lama sikitlah nak tunggu daging tu empuk. Ala, dalam 1 jam je... Walaupun masak lambat (sebab tukar paip sinki) tapi elok lepas Zohor dah boleh lunch

Pair dengan ikan kuning goreng. Kak Amie LD panggil ikan bilis segar @ ikan bilis basah. Kami pula panggil ikan kecik-kecik @ ikan kuning :) 

Sebelah malam, Ummi ikuti taklimat UASA (Ujian Akhir Sesi Akademik) secara maya oleh Cg Salmah. 

Lepas dengar taklimat UASA terus Ummi jadi murung :( Ianya umpama peperiksaan awam, macam UPSR, SPM ... 'Pemberatannya' pun dah macam SPM. UASA ni tujuannya nak seimbangkan PBD, sebab ada orang komplen PBD ni berat sebelah, tak telus dsbnya. Sebelum ni exam sekolah rendah secara dalaman. UASA ni soalan dari Majlis Peperiksaan, akan ada pemantauan dari PPD. Soalan dari penggubal soalan, bukan dari guru-guru sendiri. Keberangkalian untuk soalan lebih susah tu tinggi. Lebih merungsingkan, seminggu lepas bukak sekolah nanti, exam! Macam tak bersedia je anak2 dengan format baru ni :( 

Ingatkan takde UPSR ni boleh rileks, rupanya macam-macam lagi exam nak nilai murid-murid. Bertabahlah!




15 comments:

  1. Aah naik cuti ni ada exam.. yg rendah yg menengah semua ada exam kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Kakmim...
      Format baru itu yg menggelabah tu :(

      Delete
  2. Ada pula pengganti UPSR. Ingatkan kalau sudah hapus memang tiada lansung.
    Saya memang tidak ikuti peperiksaan sekarang. Tidak tahu apa peperiksaan yang ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada NA...
      Pening bab persekolahan skrg ni dgn takwim berubah, exam format baru dsbnya...

      Delete
  3. Aduii...
    Baca pun rasa berat apatah lagi yang hadapinya..
    Semoga a
    pihak berkenaan turun padang dan kajilah dengan mendalam sebelum buat keputusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah MC...anak rileks je tapi maknya ni yg meroyan 😆
      Ingatkan yg ni lagi senang tapi bila dgr taklimat terus ternganga huhu...

      Delete
  4. Iye betul tu PH. Ibu pun dah mula kemurungan mengenangkan seminggu lepas buka sekolah Aqil exam. Exam yang digubal soalannya oleh cikgu sekolah aritu pun merisaukan ibu ini pula yang digubal oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Dah macam anak nak ambil PMR/SPM pula rasanya. Aqil pula bukan sejenis ulat buku. Macam pahat sekali ketuk baru jalan. Kena sabar banyak dibuatnya. Sesekali keluar juga suara petir ibu ni. Hahahaha! Baru mengelupur. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasrah je la Ibu :(
      Kesian anak2 kita, kena hadap exam format baru huhu ...

      Delete
  5. nampak sedap kari daging PH tu. Semalam dah beli daging di pasar chow kit, boleh la cuba resipi sis nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila...Sila...PH main campak-campak je hihi...

      Delete
    2. Sila...Sila...PH main campak-campak je hihi...

      Delete
  6. Kari daging tu ada balance tak? Boleh menjala pulak, memang sesuai sangat tu.
    Kalau soalan dtgnya dari penggubal soalan, memang aras tinggi tu dibaginya, sebab mereka ni tak berada di tempat pelajar, tak tahu sejauh mana pencapaian pelajar sebaliknya nak ikut pencapaian mereka jer, bertabahlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah licin dah SK, tak berbaki langsung haha ..
      Aah betul tu. Sudahlah short notice, tiba-tiba nak hadap exam yg lagi susah :(

      Delete
  7. Taklimat pun dah cara maya sekarang

    ReplyDelete
  8. sekolah anak-anak ammi takde pun bagi taklimat UASA ni. Ammi jelah pandai-pandai cari info kat group2 di FB. Ammi suruh je anak-anak habiskan semua latihan dalam buku latihan dan macam biasa ammi bagi ammi pun soalan sendiri dari buku teks..gitulah kebiasaannya. nak cari contoh UASa pun takde

    ReplyDelete