Teringin nak makan kuah masam-masam, buatlah Ikan Masak Asam semalam. Ummi pakai ikan bilis basah/segar sebab itu je ikan yang ada dalam peti ais. Kalau guna ikan yang banyak isi (tenggiri, haruan, kembung dll) lagi sedap.
Tambahan Kerabu Bunga Kantan tu Cik Leha bagi. Adik Mel, FZ datang minta daun kunyit. Ummi ingat Cik Leha nak buat rendang... Rupanya dia nak buat kerabu. Sedap pulak bila dicampur dalam kerabu.
Cik Leha ni setiap kali buat kerabu mesti ada bahagian untuk Ummi. Kami geng karabu, dua-dua suka makan kerabu. Bezanya, Cik Leha pandai buat kerabu, Ummi pandai makan ja haha...
Dapat lagi 2 kuntum bunga kantan. Ada jiran, En M yang tanam. Tengah rancak berbunga pokoknya. Dia bagi Cik Leha, Cik Leha bagi kat kami pula :) Dulu, Cg J suka sedekah bunga kantan ni.
Kerabu Pucuk Paku & Perut 2-3 hari lepas. Pun airtangan Cik Leha. Best tau berjiran dengan Cik Leha ni :p
Syukur alhamdulillah dengan nikmat dan rezeki kurniaan-Nya.
Bagus Cik Leha, sentiasa ingat PH setiap kali buat kerabu. Ikan masak asam tu, boleh buat periuk nasi bocor!
ReplyDeleteHirup kuah tu paling sedap SK :D
Deleteseronoknya berjiran dengan cik leha,saya pun suka kerabu tapi nak membuatnya sorang makan memang tak terbuat
ReplyDeleteDia ada geng baru sedap makan kan...
DeleteSaya pun pandai makan je kerabu, tapi tak pernah cuba membuatnya ðŸ¤
ReplyDeleteNampak sedap ikan masak asam tu, ada masam-masam ni memang menambah selera.
PH pernah je buat kerabu tapi setakat makan anak beranak je. Mmg tak share dgn Cik Leha sbb dia otai haha
DeleteMesti cik leha pun suka berjiran dgn PH sbb ada geng makan hehe
ReplyDeleteHehe...
DeleteAnak menantu dia tak makan kerabu, rezeki kamilah sis :D
ammi pun suka ikan masak asam tu...simple tapi menyelerakan. tp selalunya versi ammi belajar tu ada biji sawi
ReplyDelete