Friday 20 January 2023

Farewell Cg Suzana

Page 17, 2023

Anak dara sorang ni memang sangat aktif di sekolah. Ummi rasa pendedahan yang diberi sejak dia di Pasti membuatkan dia ada keyakinan diri yang tinggi dan berani mencuba sesuatu yang baru. 

Sempena Majlis Persaraan Cg Suzana ni Cg AS pilih dia untuk buat persembahan, mewakili Tahap 1. 

Lagu pilihan Kenangan Terindah nyanyian SamSons. Kena menyanyi dan menari. 

Pakaian basic; kemeja putih, tudung hitam dan seluar hitam parents sediakan manakalah bow tie, glove putih, black suspender dan topi Cikgu beli di Shopee. Sayangnya topi sampai lewat sikit. Persembahannya pagi, topi sampai sebelah petang di rumah Cikgu :) 

Lawa topi ni. Masa persembahan gegirls Cikgu letak reben je di kepala, boys pakai songkok je. Bolehlah...

Tema untuk farewell Cg Suzana ni pengantin. Hadiah semuanya dihias ala hantaran, olahan kreatif Cg Murni. 

Siap ada pelamin. Pasti jadi kenangan manis untuk Cikgu :) 

Cikgu-cikgu lelaki pula main kompang dan ada persembahan silat juga dari Cg ZA dan Pak Dol, pekerja am sekolah. Meriah kata anak2. 

Selamat bersara Cg Suzana. Jutaan terima kasih atas ilmu yang diajar kepada Abang dan Angah. Kakak tak sempat belajar dengan Cg Suzana tapi sempat buat persembahan untuk Cikgu :) 

6 comments:

  1. Lain macam temanya. Meriah macam kenduri kahwin agaknya.

    ReplyDelete
  2. Warghhhh meriahnya.. Seronok bila dihargai begini.. ;)

    ReplyDelete
  3. tengok tema ada hantaran mulanya SA ingat ooo cikgu ni nak tukar sekolah sebab kahwin kot..rupanya bersara ye...meriah sungguh

    ReplyDelete
  4. meriah.. bagus sgt so cikgu2 tu rasa dihargai la kan...

    ReplyDelete
  5. Farewell dan tema pengantin mmg xdpt dipisahkan.. mungkin tema ni senang kot nk cr bahan dan buat persiapan

    ReplyDelete