Sunday 8 January 2023

Kenduri Adik Kak Yan


Page 8, 2023


Anak bongsu arwah Makngah Jamiah selamat bernikah dengan pasangannya semalam (Sabtu). Majlis nikah diadakan di rumah Kak Yan, anak sulung arwah dan Pakngah Umar. Dalam ramai-ramai anak arwah, Kak Yan agak rapat dengan kami khususnya Tok Umi. Biasalah, anak sulung ni orang selalu ingat namanya. Oleh tu tajuknya Ummi letak kenduri Adik Kak Yan, senang nak ingat :D 

Semalam 8/1 pula majlis kendurinya. Lama betul Ummi tak ke Bandar DiRaja Klang, dah ingat-ingat lupa bandarnya. Zaman U dulu selalu ikut Momi Zya ke rumah makcik-makciknya di Klang ni. Semua tempat pun dah berubah wajahkan? 

Tahniah Yana & pasangan πŸ’

Cantik sangat venue ni .. Rumah banglo yang memang disewakan untuk majlis keraian. 

Pelamin ada dalam rumah. Ummi sekadar jenguk, malas nak buka kasut :) Kami sampai awal sebab ada urusan lain, jadi pengantin pun belum bersanding waktu ni. 

Ada Sambal Tempe & Kentang, jadi Ummi ambil nasi putih. Sambal ala ayam penyet tu apa namanya ye? Yang ni πŸ‘‡

Memang sedaplah, ada ikan masin bulu ayam sekali. Mujur tak bertambah nasi 🀭

Dessert dan laksa. Ada macam-macam lagi kuih-muihnya. Ummi ambil apa yang nak makan je. Sekali, karipap kena kebas dgn Walid, kuih seri muka dan kuih lapis Adik habiskan :D 

Enjoy je dia makan kuih lapis tu 

Memang meriah kenduri ni. Selain nasi kenduri, ada pelbagai pilihan makanan berkonsepkan stall; cendol, kuih-muih, laksa, air balang... Tahniah Kak Yan, grand majlisnya πŸ‘

Paling win of course kehadiran  saudara-mara (adik beradik, ipar duai, anak2 saudara arwah Makngah) dari Balik Pulau 
(Geng Balik Pulau-GBP) dengan menaiki bas yang disewa khas. Time Ummi Walid kahwin dulu pun GBP datang naik bas juga. Mana-mana kenduri, jika dijemput depa akan hadir dalam kumpulan yang besar begini. Tumpang bahagia tengok muafakat adik beradik sebegini.  

Semoga berbahagia selalu hendaknya buat kedua mempelai 🀲 

"As long as there is chocolate, there will be happiness" 

Selamat Pengantin Baru πŸ’

14 comments:

  1. ada sambal tempe sambal geprek kalau rumah sndr mau mnambah2 nasi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... Mmg sedap sis ..ada 2 tu pun dah boleh makan bertambah:D

      Delete
  2. Sedapnya lauk² tu PH... gift dr pengantin tu mmg mabeles... coklat gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki hehe ..
      Coklat tu anak3 cakap sedap. Portion sy belum makan :D

      Delete
    2. Mcm homemade choc je tu.. ye ke?

      Delete
  3. Kita perhati, kalau pergi kenduri kahwin, PH suka makan nasi putih, kan. Tapi lauk2nya tetaplah mengancam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah SK sebab nak menikmati kuah & lauknya esp masakan kampung...

      Delete
    2. Aah SK sebab nak menikmati kuah & lauknya esp masakan kampung...

      Delete
  4. boleh tahan menu diaa. kalau scha kalau sdap sangat, tambah je hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk ni kenyang lagi sebenarnya sbb heavy breakfast. Kalau tak, minta anak tlg ambilkan nasi tambah, maknya seganlah konon πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

      Delete
  5. Ada geng bas ke kenduri.
    Boleh bayang kesedapan makanan.
    Seronok dapat coklat. Memang terus makan.

    ReplyDelete
  6. Tudiaaaa...mabeles menunya...
    Tempat pun cantik..
    Rumput tu ori ka tiruan PH...cantik

    ReplyDelete
  7. amboi menunya....banyak gak tu...goodies choc ye...Adik SA suruh contact gardenia beli borong mee Numee tu buat goodies...tgh fikir2 lagi ni...macam besar jer ongkosnya

    ReplyDelete