Thursday 26 January 2023

Al Fatihah ~ Adik Uncle Akmal

Page 26, 2023

Isnin 1 Rejab Walid sempat ziarah adik Uncle Akmal di CCU, Hospital Shah Alam. Kata Walid, adiknya boleh bercakap walaupun perlahan saja suaranya.  

Pagi semalam 3 Rejab, seluruh ahli keluarga diminta berkumpul sebelum beliau ditidurkan. Sepanjang hari khabarnya mereka sekeluarga berkampung di hospital menanti perkembangan beliau. Malam tadi, sekitar jam 11.55 malam beliau kembali kepada Yang Maha Esa, disaksikan seluruh ahli keluarga.  

Persinggahan terakhir sebelum jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21 hari ini. 

Didoakan agar arwah ditempatkan di kalangan para solihin aamiin 🤲

Takziah buat seluruh keluarga. Mudah-mudahan diberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini. 



8 comments:

  1. Inna lillah wa inna ilayhi roji’un.
    Moga Allah mengampuni dan merahmati rohnya.
    Sebak pulak baca, walaupun tak kenal.

    ReplyDelete
  2. Salam takziah
    Semoga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  3. Innalillahiwainnailahirajiun. Moga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

    ReplyDelete
  4. semoga roh arwah ditempatkan bersama orang orang yang beriman

    ReplyDelete
  5. Innalillahiwainnailaihirojiun....salam takziah

    ReplyDelete
  6. Innalillahiwainnailaihirojiun...salam takziah. al fatihah buat arwah

    ReplyDelete