Monday, 23 January 2023

Ahlan Ya Rejab

Page 23, 2023

Ahlan Ya Rejab! 

Alhamdulillah hari ni masuk 1 Rejab 1444H. Cantik tarikhnya, jatuh pada hari Isnin. Selamat berbuka kepada yang berpuasa hari ni :)

Credit: Source 

Rejab dan Syaaban bulan untuk kita menyediakan diri menyambut Ramadhan. Mudah-mudahan ada rezeki kita bertemu lagi dengan Ramadhan yang penuh berkat. 

Menjelang tengahari Mak Bee hulurkan sebekas pulut kuning & rendang ayam. Sempena 1 Rejab katanya. 

Petang tadi dapat lagi sebekas, asbab jiran sorang tu balik kampung. Mak Bee sedekah pada kami. Alhamdulillah rezeki. 

Sekotak limau mandarin ni Uncle Akmal bagi. Walid dan Abang ziarah adik Uncle Akmal di Hospital Shah Alam. Ujian untuknya, baru berusia awal 20-an diduga dengan masalah jantung, sejak September tahun lepas. Terpaksa tangguhkan dulu pengajian di sebuah universiti awam. 

Jakel yang terbakar hari tu :( 

Cendol pulut dan rojak pula Walid beli di Seksyen 16, Cendol Pak Akob. Bawa Uncle Akmal minum-minum sambil hantar dia balik rumah. Bagi sokongan emosi untuk dia. 

Alhamdulillah syukur selalu 🤲

6 comments:

  1. Alhamdulillah! Syukur selalu. Tak sabar rasanya nak menyambut Ramadhan. Semoga dipanjangkan lagi usia kita. Aamiin!

    ReplyDelete
  2. Kitorang 1 Rejab pergi kenduri kahwin.

    ReplyDelete
  3. Rejab dah..1 rejab SA masih kat JB...

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...x sabar nak sambut ramadhan kan...

    ReplyDelete
  5. Alahai.. muda lg rupanya adik uncle akmal.. org baik Allah syg

    ReplyDelete