Monday, 9 January 2023

Singgah Penang Sat

Sambungan cerita balik kampung hujung tahun lepas. Lepas breakfast di rumah Maksu, kami tak terus balik ke Gombak. 

Masuk Penang dulu... 

Cantik sungguh cuaca hari ni ..

Pokok-pokok ni pun lawa ...

Mula tu terus ke Teluk Bahang recce hotel. Lambat lagi nak check in, kami pusing-pusing hingga ke Empangan Teluk Bahang.  

Anak4 pasrah je Ummi suruh bergambar di bawah terik matahari :D 

Teluk Bahang ni kurang happening macam Batu Ferringhi. Dah hujung kan.. Tapi tetap ada tarikannya seperti Entopia (Taman Rama-Rama Penang), Escape Penang dan Taman Rimba Teluk Bahang. 

Pernah piknik di Taman Rimba Teluk Bahang ni 9-10 tahun lepas.

Replika Periuk Kera, mercu tanda Teluk Bahang.

Perut dah berbunyi, jom kita lunch dulu ...

Kalau hampa pi Penang, please try their curry! Bukan saja kari nasi kandaq, kari Melayu pun sedap sedap sangat. Marvelous tak tau nak habaq :D 

Kami makan di kedai Alaf Sejahtera Teluk Bahang. Kalau sampai sini jangan lupa singgah. Lauk pauk dia pelbagai jenis; ikan pari bakaq ayaq asam, pajeri Nenas, kerabu perut just name it kata orang Kedah :p Tapi, Ummi suka yang simple je, kari ikan + sayoq toge :D Barulah dapat nikmati sepenuhnya rasa ikan yang fresh tu. 

Lepas lunch, patah balik ke Batu Ferringhi. Walid nak beli T-shirt di Rock Shop @ Hard Rock Hotel. 

Makan dah, shopping dah jom check in hotel ...

Bila masuk bilik, ما شاء الله kami dihadiahkan dengan pemandangan laut yang sangat cantik. Indah! 

Lepas Asar, turun ke pantai yang letaknya berhadapan hotel, across the street. 

Esok pagi, Walid keluar beli sarapan.

Nasi Lemak Ikan Goreng! Excited, first time jumpa :D Banyak warung jual nasi kandar kata Walid. Mungkin orang sini breakfast nasi kandar kot. Sebab masa lunch kami datang semula ke area ni mostly yang jual nasi kandar (since pagi) dah nak tutup kedai. Makanlah di satu kedai ni, biashe-biashe je. Mujurlah kami datang sini bukan untuk hunting nasi kandar. 

Untuk elak kesesakan lalu-lintas, kami balik ikut jalan Balik Pulau, terus ke 2nd Bridge (Jambatan Sultan Abdul Halim). Jalan Balik Pulau ni akan-akan jalan Tapah ke Cameron Highlands. Dia punya belok belok tu bagai ular kena palu. 

Yang best-nya ada banyak dusun dan gerai durian . Ada port orang berhenti untuk menikmati raja buah ni. Kami tak sanggup, tengah pening dengan jalan berliku-liku ni nak tambah dengan durian pulak, mau bertambah pening :D 

The 2nd Bridge.. 

 Bye Penang. 

Tak puas pun sebenarnya sebab semalam je. Tak sempat jalan-jalan. Ralat juga tak ke Taman Negara Pulau Pinang. Jeti bot untuk ke Taman Negara ni hanya beberapa kilometer dari tempat penginapan kami. Kena plan betul-betul baru seronok. Ada rezeki kita datang lagi ان شاء الله 



7 comments:

  1. Wah! rare tu nasi lemak ikan goreng... mmg x pernah jumpa lagi... teringin pulak ke penang lagi... thn lepas mmg ramai yg cuti² di penang

    ReplyDelete
  2. Inipun saya rasa PH berjalan macam-macam tempat. Hehe kena buat jadual tempat.
    Teringat waktu saya budak-budak, abah bawa kami saya dan 2 orang adik jalan-jalan negeri semenanjung. Mak tidak ikut sebab pantang rumah nenek dengan adik bongsu. Ya Allah sakan kami jalan setiap negeri.

    ReplyDelete
  3. nasi lemak ikan grg lain dari yg lain tu kalau di terengganu nasi lemak ikan aye

    ReplyDelete
  4. Wah..syok jenjelan Penang kan...happening..
    Menarik nasi lemak sambal ikan..
    Rindu Penang & feri yang dah tinggal sejarah tu...huhuhu

    ReplyDelete
  5. Taman Negara PP tu sebenarnya tak perlu naik bot. Saya dah beberapa kali jungle trekking di sana. Seronok sebab ada pilihan nak ke beberapa pantai melalui jalan hutan.

    Tapi kalau tak mau lalu jalan hutan, barulah kita sewa bot ikut jalan laut, sekejap je sampai. Biasanya orang yang nak berkelah pergi ke Pantai Teluk Duyung aka Monkey Beach naik bot.

    ReplyDelete
  6. Aduh, sy mabuk hari tu dari Tanjung Bungah pergi Balik Pulau ikut Teluk Bahang. Berbahang aje menengok Pak Inche, haha.
    Alaa.. lain kali nak cuba la makan nasi di kedai melayu di Penang, simple tapi itulah nikmat.

    ReplyDelete
  7. Acu adik SA pernah stay kat Balik Pulau tu..kami pernah 2 kali pi sana...lalu jambatan ni best la amik gambar...

    ReplyDelete