Thursday 15 August 2019

Cerita makan-makan dan Sup Tulang Noxxa


Isnin petang selepas Asar kawan-kawan Walid mula tiba. Dua orang datang bersama keluarga manakala seorang datang sendirian. Selain mereka, kami juga menjemput keluarga Zahra dan Aisyah. Acara makan kecil-kecilan sahaja.


Menu utama bihun sup Kedah style. Ummi masak sup daging korban dan celur mee dan bihun. Rencah lain cuma daun sup, daun bawang, tauhu goreng dan bawang goreng. Sos merah Ummi tak sempat buat. Cuma sediakan sos cili dan sos cili Thai. Selain tu Ummi masak Nasi Tumis Pandan, sambal tumis bawang, ikan bilis dan telur rebus. Timun lupa nak potong! Agak kalut sedikit petang tu jadi saja yang tertinggal :(

Sup Tulang Noxxa Style 


Untuk sup daging/tulang tu Ummi rebus dalam Noxxa PC selama 35 minit. Kemudian Ummi panaskan minyak dalam periuk lain dan tumis bawang, halia serta rempah ratus. Sengaja Ummi tak masak terus dalam Noxxa sebab Ummi tidak mahu kuah yang terlalu berlemak dan berminyak dengan air rebusan daging/tulang tersebut. Nisbah air dan air rebusan daging yang Ummi gunakan ialah 3:1. Ummi letak air banyak-banyak untuk dapatkan kuah yang cair. Jangan lupa masukkan sup bunjut. Untuk perisa, Ummi letak 2-3 ketul kiub lembu. Bila kuah sup dah sesedap rasa, Ummi masukkan semula ke dalam Noxxa. Sebelum tu Ummi keluarkan daging dan baki air rebusan. Yang tinggal dalam Noxxa hanya tulang 'gear box', bahagian yang Walid dapat sebagai petugas korban. Kemudian daging yang direbus tadi Ummi hiris kecil dan top-up dalam kuah bila perlu. Sengaja Ummi buat begitu untuk mengelakkan daging terlalu empuk bila periuk Noxxa dibiarkan dalam mode 'keep warm'.

Persembahan pidato dari Adik Nadeen 😁


Seronok Ummi bila melihat tetamu berselera menjamah hidangan yang disediakan walaupun semuanya serba sederhana. Apa daya, waktu persiapan agak singkat, ini sahaja yang mampu kami sediakan. Kalau ikutkan hati, Ummi nak tempah kuih dan sebagainya tapi sebab 'last minute' takut menyusahkan orang pula. Musim raya masing-masing ada hal... 

Terima kasih kepada semua yang hadir. Ada rezeki kita jumpa lagi naa...

16 comments:

  1. Waaa dah mula dah sup kurban ya...kita belum start lagi ni, esok baru nak buat hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena masak cepat2 sis, peti ais dah penuh dgn daging korban 🤭

      Delete
  2. Alhamdulillah..walau simple, yang penting masa diluangkan bersama tu yang berkualiti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu Sunah. Alhamdulillah dapat juga berjumpa dan berkenalan :)

      Delete
  3. simple tp menyelerakan,, daging korban yg akak dapat hari tu buat gulai je

    ReplyDelete
  4. weekend ni memang kene disupkanlah tulang-tulang tu. penuh nau rasa fridge.

    salam kenal. follower ke 55 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, dah penuh peti ais tu haha...

      Tq Sheila ❤️

      Delete
  5. mmg senang guna noxxa masak sup tulang/gearbox..dh pernah buat juga

    ReplyDelete
  6. Menu macam tu pun dah kira meriah tu yang penting niat nak memuliakan tetamu tu.

    Wah! hebatnya PH guna Noxxa Mrs. A masa memula beli jer... rajin guna sekarang dah tersadai atas almari huhuhuuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menu simple je Mrs A. Depa pun berborak je lebih haha...

      Ala, pass sini kalau taknak guna. Kita ni kadang tu masak nasi pun guna Noxxa 😅

      Delete
  7. pakai periuk noxxa cepat je masak

    ReplyDelete
  8. Menu simple pun sedap Ummi. Rezeki raya korban 😋

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah kak. Yang pasti nampak depa makan berselera. Sedap lah kot 😂😂😂

    ReplyDelete