Saturday 7 September 2019

Bersantai dan minum petang di Kolej Height Utara


Petangnya kami ke Kolej Height Utara untuk bersantai. Di sini ada sebuah club house lengkap dengan kolam renang, kafe, taman permainan kanak-kanak juga gymnasium. Kecuali gymnasium, kemudahan lain boleh digunakan oleh orang awam juga, tidak terhad kepada penghuni KHU sahaja.


Di kolam renang tersebut, kemudahan shower, bilik persalinan juga tandas disediakan. Malah, surau juga ada di sini. Sayangnya Ummi dapati kemudahan yang ada tidak diselenggara dengan baik. Bilik air pun tidak berlampu! Mentol terbakar tapi tidak diganti agaknya. Dari segi keselamatan agak membimbangkan terutamanya bagi kanak-kanak perempuan dan wanita yang berseorangan ke bilik air. Begitu juga persekitaran club house... Dengan facilities yang lengkap, sayang jika ianya dibiarkan tanpa penyelenggaraan yang rapi. 



Dalam ni gelap... 

Patutnya ada air terjun buatan tapi dah tak berfungsi :(

Tapi kanak-kanak riang ni bukan kisah pun. Yang depa tau, mandi pool...mandi pool...mandi pool :) They enjoyed themselves so much. Kolam pun cetek (kids pool) jadi Adik pun boleh masuk kolam sendiri. Walid monitor di tepi kolam sahaja. Ummi lepak je

Lepas mandi haruslah lapar. Terus kami ke kafe (Kolej Height Utara Cafe) untuk minum-minum. Dijamu nasi goreng dan ayam goreng oleh maklong. Karipap dan jagung rebus yang kami bawa pun yilek! Ingatkan anak-anak je lapar,  rupanya mak ayah pun tumpang sekaki. 

Teh tarik tu pergh... 😋



Orang Utara nak buat wedding kat sini silakan 🤗 kalau night event, cantik tempat ni. Parking pun luas sangat, sesuailah untuk wedding, dinner events etc. 

Menu harian. 


Alhamdulillah satu petang yang penuh dengan moment indah. Tq family ❤️❤️❤️

3 comments:

  1. Agaknya tak selalu ramai pengunjung itu yang tak dijaga sangat kot.
    Swimming pool tu nampak okay jer... ialah bebudak yang penting dapat mandi kolam air banyak dan luas gittew...

    ReplyDelete
  2. Betul, crowd kurang.
    Budak-budak asal nampak pool je terjun haha

    ReplyDelete
  3. babi hutan banyak terdapat dlm kolej heights

    ReplyDelete