Ahad ni gamat dan gawat ๐ซฃ
Pagi, Ummi bagi tugasan;
Angah ~ ikut Walid pergi pasar
Kakak ~ masak nasi goreng utk sarapan
Adik ~ tolong Ummi sidai baju dan uruskan kucing
Sedap nasi goreng Kakak masak.
Makan dengan baki ayam BC semalam.
Jadilah, untuk sarapan kami.
Lepas tu sayur tu masuk kuali sendiri :p
Konon nak share step by step cara buat Ayam Masak Bawang (menu hari ni). Sempat ambil gambar time goreng bawang dan ayam je ๐
Start menumis tu, tak sempat dah aih nak snap gambar huhu ... Lauk dah siap masak pun tak ambil gambar. Penat dan dapur pun berkecah dah dek minyak menumis dan menggoreng ayam tu.
Basically resepi Ayam Masak Bawang ni;
1. Hiris dan goreng bawang besar hingga layu dan sedikit garing
2. Goreng ayam yang telah dilumur garam dan kunyit hingga masak (tak perlu garing)
3. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
4. Panaskan minyak dan tumis 4 sekawan, serai dititik daun pandan dan daun kari hingga naik bau.
5. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga naik bau
6. Masukkan serbuk cili, serbuk kari daging dan serbuk jintan manis bersama air secukupnya untuk bagi rempah masak dan pecah minyak. Nak sedap, bagi pecah minyak 2-3 kali.
7. Masukkan sos tiram, sos cili dan sedikit kicap. Tumis hingga pecah minyak dan masukkan ayam goreng tadi. Gaul sekata
8. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa jika suka
9. Masukkan bawang goreng tadi dan gaul sebati. Adjust rasanya dan tutup api. Siap!
Masak tu bajet untuk makan malam sekali. Entahlah macam tak berapa cukup je nak bawa ke malam nanti :)
Sambil tu, ikuti juga perkembangan pengoperasian sekolah ni. Nak teruskan PDPR ke macamana...
Bak kata mantan Pengerusi KSIB F3, pukul 2.45 ptg baru nak dapat tahu status. Kalau rumah dekat okaylah, kalau rumah jauh jenuh nak bergegas hantar anak balik ke asrama. Jujurnya Ummi dah set PDPR ni sepanjang minggu ni. Penat bergegas ke sekolah Jumaat lepas pun belum hilang huhu....penat tu bukan apa, benda ad hoc. Kalau tahu awal, lain cerita. Bila ad hoc ni banyaklah hal lain jadi tertangguh, terbantut dsbnya.
Apapun kita harap dan doakan yang terbaik.
Terima kasih dah share resepi ayam masak bawang. Nanti nak mintak anak bujang masakkan..
ReplyDeleteSama² puan.. minta hero tu Google resepinya. Yg PH share ni ringkas je ye
Deleteutk gombak, masih pdpr kan esok...so sek my razeen (alhuda) memang pdpr....tapi sek alamin (ariff) bukak esok sbb dpt permission dari kementerian (sbb kelas aircond)
ReplyDeleteYe, PDPR lagi SRAI pun.
DeleteAriff SPM kan, better belajar secara fizikal la kan..
Anak2 Cie suka ayam bawang. Selalu jugak buat.
ReplyDeleteSedap bawang tu bila dimasuk dalam rempah gini.
DeleteMenarik la resepi PH tu..kena buat ni...SA suka je cuba resepi orang lain...
ReplyDeleteSA Google dulu resepinya. PH ringkaskan je ni.
DeleteSaya gitulah, bila dah rasa penat memasak jadi malas nak ambil gambar. Itu yang jaraang up entri masak ๐
ReplyDeleteSemoga situasi jerebu di tempat yang terjejas segera pulih.
Kan... Kadang lapar, hidang je terus ngap ๐
DeleteSaya peminat bawang. Sedap kalau masakan meriah dengan bawang. Bawang merah, bawang putih, bawang besar semua suka.
ReplyDeleteSy sejak kahwin baru suka guna bawang banyak dlm masakan, sebab mil suka masak letak bawang banyak². Sedap jadinya masakan bila letak banyak bawang ni kan
DeleteSenang keje ummi,kakak dah boleh diharap masuk dapur...
ReplyDeleteAlhamdulillah boleh dah sikit-sikit tu Linda.
DeleteInilah perkara yang seronok buat ibu bapa...anak-anak pun ada yang kurang seronok kalau PDpR
ReplyDeleteSeronok anak² bantu kerja rumah. Bab PDPR pula kalau jerebu teruk tu better la duduk rumah. Cuma ada anak² ni tengah UASA, nak SPM dsbnya risau juga bab tu
DeleteHujung minggu rajin juga memasak nasi goreng, jemput2 dan mee segera. Alhamdulillah masak sendiri lebih baik dari makan di luar. (ayat tengah bulan)
ReplyDelete