Monday, 23 February 2026

Bunga Pokok Belalai Gajah


Mulanya terkejut, sebab tak pernah tahu yang pokok Belalai Gajah ni jenis pokok yang mengeluarkan bunga. Selama ni Ummi tanam pokok ni melalui keratan batang. 
 
Jadi, bila nampak merah² dekat hujung ranting, cepat² Ummi mendekat. Perasaan terkejut tadi bertukar teruja pula bila kali pertama nampak bunganya. Subhanallah tak sangka sungguh sebab selama ni nampak daun je pokok ni. 

Ambil gambar banyak² buat simpanan dan kenangan serta tatapan kita semua. 

Inilah pokok Belalai Gajah. 
Banyak khasiat perubatan katanya...

"Khasiat daun belalai gajah dikatakan mampu membantu mengatasi masalah seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan."
 (Wikipedia)

Ummi belajar makan daun Belalai Gajah ni dari Tok Umi. Daunnya dibuat sayur goreng belacan boleh, masak lemak boleh, ulam rebus pun boleh. 

Senang nak tanam pokok ni. Cucuk² je batangnya atas tanah/dalam pasu. Rajin² juga siram baru daunnya cantik. Pokok yang berbunga 👆🏻 jarang dibelai, sebab di luar rumah. Daunnya jarang Ummi petik. Yang dalam pasu ni rajin dipetik, tak sempat nak berbunga agaknya :)  
Lagi satu, pokok yang berbunga tu pokok yang dah matang. Batang dan daunnya  warna hijau pekat, berbanding pokok dalam pasu ni. 



12 comments:

  1. Boleh di makan ye. Tak tahu pun. Macam pernah dengar pokok belalai gajah.

    ReplyDelete
  2. SA ingat cara makan dia rebus minum air ke apa...rupanya boleh digoreng jugak ye....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rebus minum air ni utk buat ubat kot SA. Yg dimasak ni lebih kpd utk makan as sayur.

      Delete
  3. sedap kot ya kalau dimasak.
    Macam tak pernah nampak pokok ni, kalau ada pun tak tau namanya.
    Unik bunganya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Camne eh nak describe ... Macam kita makan sayur pucuk manis tu Kak, takdelah rasa sangat pucuknya tetapi sedap. Gitulah hehe

      Delete
  4. Owhh..byk khasiatnya ni. Nnt bleh try cari & tanam =)

    ReplyDelete
  5. Tak pernah makan, tapi pernah dengar tentang pokok belalai gajah ini. Apakah rasanya yer.

    ReplyDelete
  6. Tak pernah makan, tapi pernah dengar tentang pokok belalai gajah ini. Apakah rasanya yer.

    ReplyDelete
  7. Dulu arwah mak saya rendam daun belalai gajah dalam air panas, lepas tu minum airnya. Especially sebelum kena jumpa doktor di hospital. Hehe.. saya pun baru tahu pokok ni ada bunga, dekat rumah saya tak pernah berbunga, dulu la. Dah lama pokok ni takde, lepas mak meninggal, pokok ni pun mati.

    ReplyDelete
  8. Cantik bunganya warna merah ya.

    ReplyDelete