Wednesday, 11 February 2026

Melawat Saudara @ Hospital Sg Buloh (HSB)



Dapat berita dua pupu Ummi merangkap jiran dan rakan sepermainan di kampung dulu mengalami komplikasi selepas pembedahan dan sedang dirawat di ICU Hospital Sg Buloh. 

Waktu lawatan HSB. 

Kami tiba kira² 5 minit sebelum waktu melawat, kena beratur dulu sebelum pagar ke wad dibuka. 


Alhamdulillah dapatlah melawat walaupun saudara Ummi ni di wad ICU. Hiba Ummi tengok keadaannya, tak sedarkan diri. Semoga dipermudahkan urusan rawatannya dan diberi kesembuhan sebaiknya untuk beliau 🤲🏻

Sebelum balik, singgah makan tengahari di kafeteria hospital. Banyak pilihan makanan juga di kafeteria ni. 






3 comments:

  1. SA dulu duduk menyewa kat Sungai Buloh selalu lalu je hospital tu..x pernah pergi..area hospital tu ada banyak nursery pokok kalau x salah...

    ReplyDelete
  2. Ramai juga ya kat Hosp ni. Kalau nak datang melawat memang kena ikut masa ditetapkan....

    ReplyDelete
  3. Saya ikut doakan sepupu kakak cepat kembali sadar dan sehat. Apapun yg terbaik saja untuk beliau yaa 🤗

    ReplyDelete