Thursday, 26 February 2026

PUSPAKOM Datang Rumah

Kisahnya motorsikal Walid tak boleh nak renew road tax sebab dah lebih 3 tahun road tax dan insurance tak diperbaharui. Start tak renew ni masa pkp rasanya. That time kan macam ada kelonggaran ke macamana entah, lupa dah.  Motor ni pun guna untuk ke surau atau kedai depan² ni je. Ke SG pun tak, sebab takde road tax tu kan. Sekarang, Abang dah ada lesen L untuk motor. Jadi motor tu nak bagi Abang gunalah. 

Untuk renew road tax motor yang dah > 3 thn tak diperbaharui ni, kena buat pemeriksaan PUSPAKOM dulu. Ada 2 cara;
1. Bawa kenderaan ke PUSPAKOM (walk in). Inspection charge: RM 20
2. Book khidmat PUSPAKOM mobile service. Service ni depa datang ke rumah. Cajnya RM120

Masalahnya, nak bawa motor ke PUSPAKOM motor tu takde road tax dan insurance. Kot jadi apa² tengah jalan atau ditahan polis ke, dah satu hal kan. Kalau ada Hilux ke boleh la angkut motor bawa ke PUSPAKOM. Adalah kawannya boleh tolong uruskan, tapi caj RM 300. Mungkin dia nak sewa kenderaan la kot dan caj upah bawa ke PUSPAKOM tu... 

Syukur, PUSPAKOM ada PUSPAKOM mobile service ni.  Buat booking online je. Nanti dia bagi slot dan kita terus buat bayaran. Cuma kena tunggu juga slot yang free tu. Bukan ikut tarikh kita, ikut tarikh diorg free. Tarikh yang Walid dapat 3 minggu rasanya dari tarikh buat booking

 Antara job scope team ni ialah inspect kereta² re-cond yang masuk Malaysia. Ni nak raya, makin banyak kerja diorang sebab orang nak beli kereta raya :D So kena ikut turn la... Bukan semua PUSPAKOM ada service ni. Hanya PUSPAKOM Padang Jawa Shah Alam yang ada mobile team ni. Cawangan Wangsa Maju dan Batu Caves (yg terdekat dgn kami) takde khidmat ni. 

Depa cover seluruh Lembah Klang. Kalau PUSPAKOM Wangsa Maju dan Batu Caves untuk walk in saja. Maksudnya kena bawa kenderaan ke tempat mereka untuk diperiksa. 

Pemeriksaan sedang dibuat.
Owner kena tunjuk geran motor untuk depa check chassis number dsbnya. Alhamdulillah semuanya okay w  motor Walid ni. Once semuanya dah selesai, depa keluarkan report on the spot (online). 

Report ni valid untuk tempoh sebulan sahaja. Jadi kena cepat²lah print dan bawa ke JPJ untuk renew road tax dan insurance

Alhamdulillah Allah permudahkan. 

5 comments:

  1. Terima kasih kongsi info ni. Renyah jugak bila dah lama tak renew road tax tu ye.

    ReplyDelete
  2. Alaaaa..lembah klang aje erk...tempat lain xde....bagus macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya ada SA. Yg cover LK ni team Padang Jawa. States lain team lain yg cover. Cuba SA tengok website diorg

      Delete
  3. Yeh abang dah boleh bawa motor walid

    ReplyDelete
  4. Oh, baru tau kalau lama x renew kena check puspakom dulu rupanya

    ReplyDelete