Mulanya terkejut, sebab tak pernah tahu yang pokok Belalai Gajah ni jenis pokok yang mengeluarkan bunga. Selama ni Ummi tanam pokok ni melalui keratan batang.
Jadi, bila nampak merah² dekat hujung ranting, cepat² Ummi mendekat. Perasaan terkejut tadi bertukar teruja pula bila kali pertama nampak bunganya. Subhanallah tak sangka sungguh sebab selama ni nampak daun je pokok ni.
Banyak khasiat perubatan katanya...
"Khasiat daun belalai gajah dikatakan mampu membantu mengatasi masalah seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan."
(Wikipedia)
Ummi belajar makan daun Belalai Gajah ni dari Tok Umi. Daunnya dibuat sayur goreng belacan boleh, masak lemak boleh, ulam rebus pun boleh.
Senang nak tanam pokok ni. Cucuk² je batangnya atas tanah/dalam pasu. Rajin² juga siram baru daunnya cantik. Pokok yang berbunga 👆🏻 jarang dibelai, sebab di luar rumah. Daunnya jarang Ummi petik. Yang dalam pasu ni rajin dipetik, tak sempat nak berbunga agaknya :)
Lagi satu, pokok yang berbunga tu pokok yang dah matang. Batang dan daunnya warna hijau pekat, berbanding pokok dalam pasu ni.
Boleh di makan ye. Tak tahu pun. Macam pernah dengar pokok belalai gajah.
ReplyDeleteSA ingat cara makan dia rebus minum air ke apa...rupanya boleh digoreng jugak ye....
ReplyDeletemacamna rasanya ya jika dibuat ulam. pahit tak?
ReplyDeletesedap kot ya kalau dimasak.
ReplyDeleteMacam tak pernah nampak pokok ni, kalau ada pun tak tau namanya.
Unik bunganya tu.
Owhh..byk khasiatnya ni. Nnt bleh try cari & tanam =)
ReplyDeleteTak pernah makan, tapi pernah dengar tentang pokok belalai gajah ini. Apakah rasanya yer.
ReplyDeleteTak pernah makan, tapi pernah dengar tentang pokok belalai gajah ini. Apakah rasanya yer.
ReplyDelete