Saturday, 7 June 2025

Puasa 8 & 9 Zulhijjah

Cerita puasa dulu ye sebelum cerita raya ☺️

Wukuf di Arafah jatuh pada hari Khamis. Tapi kita di Malaysia Khamis tu baru 8 Zulhijjah. 

Ummi dan Kakak puasa hari ni.
Sandwich goreng tu Walid beli di Petronas Kota Damansara, sedaplah πŸ‘πŸ»

Lepas Isyak pakat joined majlis bacaan Yasin F5. Support Abang πŸ’ͺ🏻 
Kali ni Danish yang lead. Walid tak joined, ada meeting bersama Ketua² Lembu Korban.  

9 Zulhijjah sama² bangun sahur utk Puasa Arafah. Rendang Daging ni Ummi order dengan Cik Ros Nasi Lemak, panaskan buat lauk sahur. Rendang airtangan orang Kuala Pilah, padu la kan... 

Menu berbuka meriah jugalah... Raikan anak⁴ yang sama² puasa. Ummi tempah juga puding jagung dari Cik Isma. Beli sekotak terus kali ni sebab hari tu tak puas makan 🀭

Yang berminat nak order kuih-muih tradisional atau pun brownies & pastries boleh hello² CI. 

Seperti biasa surau ada buat iftar jamaie untuk 8&9 Zulhijjah ni. Tapi the boys berbuka di rumah je. Ummi pun tak sumbang makanan kali ni. Terlepas pandang. 

Repeat beli mangga 4 kg. 
Bahagi² dekat Aunty Farah dgn Nurin. AF bagi kekacang utk kudap² raya. Meanwhile Nurin pula datang rumah buat homework dgn Kakak. Kami semua puasa, takdelah hidang apa² utk dia itu yang Ummi beli mangga bagi dia bawa balik rumah. 

Alhamdulillah. 




14 comments:

  1. Tahun ini tidak dapat puasa hari Tarwiyah dengan hari Arafah.
    Meriah menu.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, dapat puasa dengan anak-anak lagi.
    Saya join sekaki dengan NA. Takde rezeki nak puasa tahun ni. Sedih juga.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dapat berpuasa.

    ReplyDelete
  4. Enaknya ada macam-macam menu :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dapat puasa dengan anak2...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, kami anak-beranak sempat puasa arafah je hari tu

    ReplyDelete
  7. meriah betul menu tu ha..rendang tu geram SA tengok..sendiri bukan x pandai masak, tapi malas bila fikir takde yang nak makan nati...adik2 x balik..PZ x leh makan daging sangat...

    ReplyDelete
  8. Sedap² makanan yang terhidang tu. Tahun ni akk tak dapat puasa pulak huhu

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. Sha pun berpeluang untuk puasa..
    Lama pula tak beli buah mangga..

    ReplyDelete
  10. Rendang Kalio nya nampak sedaaap kak. Saya suka yg masih basah begitu 😍. Kami sebut msh Kalio. Tp kalo mama buat selalu sampai kering, khas Padang sangat.

    Masih ya musim mangga skr? Kemarin tuh mangga di kebun mama sempat berbuah, tp mungkin Krn cuaca jelek, biasanya manis, tp THN ini asam pula . Tak paham juga kenapa 😞

    ReplyDelete
  11. Subhanallah… lautan manusia di Arafah masa wukuf memang menyentuh hati.
    Satu waktu yang penuh keinsafan, tangisan, dan harapan.

    ReplyDelete