Thursday, 12 June 2025

Peah Demam

Runsing betullah kalau ada ahli keluarga sakit 😔 

Walaupun yang tak sihat tu anak bulus tapi tahap susah hati tu macam anak sendiri yang sakit. Si Peah ni terkelepet je Ahad lepas. Sabtu hari Raya Haji tu dia okay je, tup² jadi gini. Yang buat lebih risau dia ada baby, yang baru sebulan lebih umur depa. 

Isnin bawa dia gi klinik. 
Demam dan ada ulser dalam mulut. Tinggi suhunya 40.8. Nampak macam gejala Parvo 😥 Nak buat test Parvo RM80. Ummi minta Doc bagi ubat dulu, nak monitor tengok sehari dua dulu. Dapat antibiotics, ubat radang dan tambah selera. Semuanya pil. 

Anak² Peah menumpang kasih dekat Adik. Mak depa taknak layan, memang dia menjauhkan diri dari anak³ dia :(  Tapi elok juga sebab Doc pun minta asingkan. Sebab Parvo boleh berjangkit. 

Doc suruh bagi makan wet food jenis ni. 
Mujurlah ada dekat Hyper Pet tu. 3 botol RM10. 

Selasa Ummi singgah di klinik sekejap, minta Doc tolong bagi Peah makan ubat. Stressed betul bab bagi kucing makan ubat ni. Rabu, sebelum gegirls pergi sekolah sempatlah bantu Ummi bagi Peah makan ubat. Sebelah malam, tak berjaya pulak 😇 Dia dah makin sihat, kuatlah melawan pun.  Terpaksa hancurkan dan campur air then masukkan dlm syringe. Minum la sikit. 

Alhamdulillah hari ni Peah nampaknya dah slowly recovering. Dah ada appetite, dah nak bf anak³ semula dan back to her usual self alhamdulillah. 

Kos rawatan;
Isnin - RM83. 00 
Selasa - RM5. 00

Makan modal 🤭

24 comments:

  1. Betul PH...kos rawatan untuk anak bulus kita lagi mahal dari cost perubatan anak kita kan? sebab tu kadang SA bawak pi klinik, kadang jadi doc sendiri je..alhamdulillah dah x pernah demam dah si Brown..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Sapa² yg ada pets faham la kan... Kos medical depa hampir menyamai kos medical kita juga

      Delete
  2. moga2 peah cepat2 sihat laaa bagusnya u memang allocate bajet utk kucing lah tu kan..barakallah fiik

    ReplyDelete
  3. Semoga Peah cepat sembuh.
    Tam Tam, kucing Firdaus hari tu sakit telinga. Bawa ke klinik, bayar RM80.00.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam² pula penyakit kucing sekarang ni pun Kak Amie kan...

      Delete
  4. Semoga murah rezeki PH jaga kucing yang sakit.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah lega bukan penyakit bahaya tu

    ReplyDelete
  6. memang paling risau la kalau anak bulus yang sakit,nak tnya sakit kat mana teruk ke sakit pun tak balas..tu yang buat mak makin susah hati
    lega rasa tengok peah dah sihat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat Mama Pia... Itu yg tak tentu arah bila pets sakit ni

      Delete
  7. Ini kalau gi klinik haiwan mesti kata stress

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah kalo peah dah lebih sehat kak .. saya bisa rasakan lah tak enaknya kalo anak bulu kita sakit. Bagi saya mereka memang dah macam anak sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Fanny. Susah hati sbb pets can't talk . We don't know how painful it is 😌

      Delete
  9. alololo ciannya peah.. moga makin sihat ceria si Peah hehe

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah peah dah sihat. Saya pun tk senang duduk kalau kucing sndiri sakit.

    Bawak dorg pegi vet lgi mahal dri kita gi jumpa doktor :p

    ReplyDelete
  11. oo.. susah juga ya nak bagi makan ubat kat kucing.
    Teringat bila anak sakit masa kecik... dah elok masuk ubat dalam mulur.. pi luah pulak 😬😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah ya amat Kak!
      Lagi senang bagi anak makan kot. Marah² depa telan juga. Hat ni marah macamana pun bukan dia paham 😂😂😂

      Delete