Monday, 16 June 2025

Clearance Sale @ H&A Craft

5 tahun lepas kami tempah curtains cantik ni dengan H&A Craft. 

2 tahun kemudian bilik ni terbakar jadi tinggal kenanganlah sofa dan curtain cantik ni ☺️

Selepas kebakaran tu, H&A Craft tampil bantu kami dengan sponsored  curtain untuk semua pintu bilik dan tingkap rumah kami. Memang tak expect langsung tapi rezeki Allah aturkan alhamdulillah. Dan Allah sajalah yang mampu balas jasa baik mereka. 


Berbalik kepada tajuk, sekarang ni H&A Craft tengah buat clearance sale sebab depa nak renovate kedai. Depa nak pindahkan kedai di ground floor dan move ke tingkat 1. Fokus business lepas ni interior design, yang akan diterajui oleh anak perempuan beliau. Puan Halina nak berehat katanya :) 

Seronok bila tengok business berkembang dan diteruskan oleh generasi seterusnya. And the best part, new generation ni bawa idea dan perubahan baru, which will make the business sustain, survive & progress.

Pn Halina kata nak clear semua 😍
Perabot² dalam ni mostly wooden furniture, deco items pun banyak, mostly English style


Ummi plan nak pergi semula sebab that day dah lewat petang kami pergi, lepas Asar. Nak cari small items untuk deco rumah. Ada few lukisan yang menarik perhatian Ummi juga. 

Ada rezeki nak pasang diamond mirror ni. 
Belum ambil ukuran, kemudian nak minta quotation dulu dengan Pn Halina. Dah ada anggaran kos tu bolehlah pelan² menabung. 

Ini cash & carry je.
Berkenan tapi itulah, tak tau la jadi rezeki Ummi ke tidak. Tiba² ada komitmen lain pulak πŸ˜… Takpelah kita yakin dengan aturan rezeki dari-Nya. If it's meant to be yours, it will be yours. Gitewww :D 

Clearance sale ni sedang berlangsung. Dalam masa yang sama renovation pun depa dah slowly start dekat tingkat 1 tu. Bahagian renovation suami Pn Halina yang handle. All under one roof; reno/build, ID, furnishings semua depa boleh buat πŸ‘πŸ»

Kata Pn Halina nanti ofis baru dah siap, takdelah offer murah² ni. Alamak, kena cepat² la grab mana yang berkenan tu :D 

Boleh la cuci² mata dekat TT diorang (H&A Craft) atau datang terus ke kedai depa. Sebelah² Maybank Sri Gombak tu je. Kot la ada yang berminat πŸ€—

31 comments:

  1. Langsir rumah Kuantan kami tempah di Vietnam sebelum balik
    tahun 2007 Alhamdulillah masih elok. Basuh 2-3 kali kot. Bagus nya H&A ni sponsor langsir untuk bahagian terbakar tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org sekarang pun bukan jenis tukar² langsir Akk kan... Dulu ye, asal malam raya je tukar langsir as a part of raya celebration kan

      Delete
  2. dah lama tak btempah curtain beli ready made jerk..meja kopi tu murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH pun sekali ni je tempah. Alah membeli menang memakai kata orang

      Delete
  3. Aduh...ada clearance sales plak la time2 ni ye...suka time clearance sales...murah dia lain macam kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Everything must go kekdahnya SA kan...mmg harga pun drop kaw-kaw la

      Delete
  4. Meja kopi jati kalo harga segitu memang muraaaah sangaaaaaat 😍😍😍. Kluarga saya dari pihak mama distributor furniture jati soalnya.

    Ini bagi yg rumahnya di design dengan model klasik, atau ala2 inggris dan Javanese concept, memang cocok kalo hunting di clearance sale macam nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murah ke? Tergugat iman Akk Fanny πŸ˜†

      Cuma masalahnya rumah kami sudah ngak cukup ruang utk diisi perabot hihi

      Delete
  5. Linda tengok langsir dah siap dekat romantika pun boleh jadi biul.. Kikiki

    ReplyDelete
  6. Tea set tu lawa. Kalau beli, buat display je. Sayang nak guna. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH kalau beli mmg akan guna. Sejenis yg tak suka simpan. Rasa rugi pulak kalau org lain yg guna haha

      Delete
  7. syukur rezeki Allah dah tulis PH dpt sponsor new curtain drpd H&A... cantiknya tea set tu PH!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki selepas ujian ☺️

      Delete
  8. Dah jarang nampak rumah buat tema english style sekarang ni... Dulu memang popular.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Uncle. Org sekarang pilih style modern dan ada yg suka minimalist

      Delete
  9. Kalau dah rezeki kita, tetaplah rezeki kita. Disebalik kejadian ada rezeki lain yang kita tak jangka. Syukur.

    Rambang mata kalau ada clearance sale ni. Tapi itulah kena berkira-kira dengan komitmen. Benda penting kita dahulukan dulu. InshaAllah ada rezeki dapatlah nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tua² ni lebih matang buat keputusan pun Fiza. Dulu² asal nampak murah rasa nak grab terus. Sekarang ni tenang² dulu, selesai yg lebih perlu. Kalau ada, adalah. Takde (,tak dapat beli) pun takpe :)

      Delete
  10. Cantik diamond mirror ni. Pernah cam nampak kat rumah Aaron Aziz ke....tengok kat instagram je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trend sekarang ni Ezna ... Byk rumah pasang diamond mirror ni. Rumah Pak Azad pun ye tp dia buat full

      Delete
  11. Replies
    1. Hah itulah Wak... peluang datang bukan selalu kan

      Delete
  12. Langsir rumah ammi yg sekarang ni beli kat tiktok je. Masa awal pindah haritu byk guna duitkan, pastu dgn Khilfi dpt masuk asrama. Then tahun berikutnya Kyra pulak. Sudahnya sampai skrg pakai jelah langsir murah itu. Who cares kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH jenis tak reti online shopping itu yg tempah tu. Tak kisah je mana² janji kita happy 😁

      Delete
  13. saya pun berkenan diamond mirror tu, cuma rasanya nak kena psg wainscoting plak nak bg ngam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul, ngam kalau letak wainscoting. Ada juga yg promote fluted wall tapi bg PH wainscoting lagi evergreen

      Delete
  14. Langsir bukan sekadar penutup cahaya, tapi penambah seri ruang

    ReplyDelete