Anak² SRAI direhatkan semalam (Jumaat) sebab hari ni ada program KAMIL. Adik Kakak dua² tak masuk KAMIL Zon ni. Kakak dilamar untuk masuk team Nasyid, main percussion sebab cikgu² nampak dia main dengan baik masa KAMIL Sekolah hari tu. Tapi Kakak tolak pelawaan cikgu³ dgn baik sebab dia nak fokus untuk MSSD BoJa. Training BoJa ni pun dah banyak dia skipped kelas. Plus dia nak masuk untuk acara KAMIL Negeri nanti. Mujurlah cikgu³ hormat keputusan Kakak dan Ummi pun tak nak paksa dia. Bagi dia ruang untuk belajar buat keputusan sendiri.
Lepas sarapan kami layan movie Indonesia di Netflix. Cerita seram konon² beranilah nak tengok pagi² kan... Judulnya Petaka Gunung Gede (Haunting of Mount Gede).
Ambil komik Adik, intai subtitle je part seram² tu... Adoi la... Dah tua² ni baru perasan penakut juga Ummi ni haha... Kecik² dulu takdelah penakut macam sekarang. Filem Perjanjian dengan Syaitan lakonan Seniwati Azean Irdawaty dan Rahsia lakonan Noorkumalasari antara yang seramlah bagi Ummi. Tapi steady je tengok. Cuma part kepala Noorkumalasari berpusing² tu sampai sekarang rasa goosebumps
Sempat juga sambung baca buku. Entah bila nak habis pun tak tau la tapi Ummi bertekad nak aktif balik membaca buku secara fizikal ni.
Untuk lunch, Ummi masak Sup Daging dan celur mee kuning. Jadilah Mee Sup simple untuk kami anak beranak sebelum keluar ambil Angah di asrama. Okay juga adik²nya cuti, takdelah rushing sangat nak menjemput dia.
All the best untuk kawan² Kakak yang masuk KAMIL Zon 💪🏻
KAMIL tu apa? 😬
ReplyDeleteKemahiran Amal Islami :D
DeletePertandingan utk SRAI, KAFA & SRA di negeri Selangor. Mula dgn peringkat Zon berakhir dgn peringkat negeri.
Sedapnya mee sup daging
ReplyDeleteSelamat membaca, PH. Cerita Perjanjian Syaitan dan Rahsia tu, memang takut tengok. Orang dulu pandai buat cerita. Saya, tengok Toyol pun takut. Bachok, mari, Bachok. Eee..
ReplyDeleteAah yang toyol tu seram juga part dia panggil bachok mari tu huhu
DeleteSaya pun dah lama tak baca buku fizikal ni, rasa otak karat dah haha 🤣
ReplyDeleteKan? Bila baca buku tu otak kita lebih banyak berfikir sbnrnya. Kita imagine the situation, the characters etc tapi itulah asyik kelebek phone je 🫣
DeleteAntara filem dolu2 yg ibu takut tgk Setinggan dgn Misteri Rumah Tua kalau cite Indon pula Sundel Bolong. Tp ibu mmg sejenis penakut dulu kini dan selamanya sampaikan skrg pn masih tak boleh tgk cite seram tampa tutup mata dari awal sampai habis. Haru btoi! Hahahaha!
ReplyDeleteAah Misteri Rumah Tua pun seram... PH dulu² okay, skrg ni takut + overthinking haha...takut kena heart attack la macam² la... Haha
DeleteMi sup simple pun sedap nampak tu. Dah tua-tua ni kita dah seram pulak nak layan cerita hantu. Dulu semacam tak ada emosi. hihi...
ReplyDeleteLess is more kot Fiza kan hihi...
DeleteBetul, bukan setakat takut tapi overthinking sama kot hihi
Aktif kakak. Alhamdulillah.. all the best utk semua aktiviti yg kakak sertai 🦾🦾🦾🏆🥇
ReplyDeleteTq Ily... Mana yg dia nak join tu Akk sokong, yang dia tak nak tu jgn paksa 😁
DeleteSimple² je MZ...hirup kuah sup tu yang best tu
ReplyDeleteAkak kalau tengok cerita seram tak akan pakai spec.. jadi kuranglah rasa debarnya tu sebab gambar kurang sharp😁
ReplyDeleteAnak sepupu pun ada masuk Kamil di Bangi.
ReplyDeleteAlahai, buku2 baru dalam laci belum start baca lagi.
Ramai jugak member update anak² join KAMIL... ada yg siap dpt pergi ke peringkat negeri lg
ReplyDeleteSelalu kalau buat sup confirm jadilah mee sup atau meehoon sup... hihihi... sonang
Sedapnya mee sup daging...darah tengah x berapa cantik ni kena stop dulu makan daging...
ReplyDeleteSaya kalo bab horor movie, memang tak nak kak 🤣🤣. Harus ada suami temankan. Apalagi kalo hari biasa, saya sendiri di rumah, asisten tak menginap. Anak2 sekolah, suami ke kantor. Jadi tak berani memang.
ReplyDeleteSaya pun lagi nak rutinkan baca buku fisik lagi.
Btw yg kakak tanya arti cenat cenut, itu ada 2 meaning.
1 berkaitan dengan rasa sakit yg terus menerus. Macam kaki terseliuh...
Meaning kedua, berkaitan dengan perasaan hati. Excited atau ketakutan yg buat dada berdebar. Di postingan saya meaningnya berarti rasa takut karena harus naik gondola tak proper 🤣🤣
Kyra ammi dh suruh dia stop semua game. Fokus je belajar dan riadah sbb result dia alaahaiii. Sakit jantung mak
ReplyDeleteFuhhh terliur CCL dengar! Mee sup daging panas-panas, hirisan daging empuk, taburan daun sup dan bawang goreng, siap dengan sambal kicap dan perah sikit limau kasturi memang padu
ReplyDelete