Lepas Zohor ada orang jauh nak datang, itu yang cepat² pergi makan kenduri semalam.
Tetamunya sepupu Walid, Kakngah (Makngah Minah) dari Jitra bersama suami dan anak menantunya. Turut sama anak² dan menantu; Kak Ilah, Abg Aiman dan Abg Lan.
ETA depa pukul 3 ptg jadi pukul 2 gitu Ummi masuk dapur.
Dalam tu letak daging korban, sama menu dengan rakan blogger Cie :D
Ialah kan, selagi tak habis daging korban dalam peti, macam² la menu daging yang keluar kan...
Lama juga bersembang. Ummi boleh geng dengan sepupu² sebelah Walid sebab depa semua ramah tamah dan baik² belaka. Usia pun baya² Paklong dan Makngah (abang & kakak Ummi), 60-an juga. Dah bercucu belaka. Jarak umur pun jauh juga dengan Walid dan adik beradiknya sebab arwah Wan Lah (ayah Mak Ngah Minah) dan Tok Ayah beza umur 16 tahun tak silap. Macam Mak Ngah dan arwah Pakcik juga, age gap 15 tahun. Tulis la dekat sini, biar anak⁴ faham :D
Terima kasih banyak Kak Ngah dan family sudi bertandang di teratak kami. Ikutkan nak ajak bermalam tapi banyak lagi program depa sebab hari ni (Ahad) dah nak balik Jitra.
Safe journey In Sha Allah.
Setakat blogwalking ke rumah kawan-kawan, PH orang ketiga masak mee goreng daging, selain Cie dan SA.
ReplyDeleteAlhamdulillah, seronok terima tetamu jauh. Tetamu datang bawa rezeki.
Kenyang la mata Nur ahahaha π
DeleteTudia nampak sedap ni PH. Kalau sebaya atau beza umur 1-2 tahun ngam. Kalau banyak bezanya tak ngam sangat la.
ReplyDeleteMaksud PH best best sbb diorg treat kita macam adik² diorng π
DeleteTapi kalau yg beza 1-2 tahun tu pun best , byk topik boleh sembang :D
Bagus juga ada catatan kat sini untuk anak⁴ baca....
ReplyDeleteYe Uncle sbb diorg suka stalk blog Ummi diorg ahaha
Deleteseronok saudara mara rajin menziarah, dapat pahala gembirakan tetamu, bawa rezeki pula
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteSeronok bila tetamu datang rumah kan PH...rezeki masuk kata orang tua-tua..
ReplyDeleteTu la...rasa besar hati kata orang
Deletesuka goreng mee letak daging..husband plak suka ltk ayam or udang
ReplyDeleteSama taste kita MT π
DeleteSeronok lah kan kalau ada saudara jauh bertandang. Kalau dapat tidur semalam lagi lama boleh sembang lama sikit.
ReplyDeleteSeronok Kak...lama pulak tak jumpa sembang panjanglah
DeleteKalau menu yg simple dan kenyang utk tetamu ni memang mee gorenglah penyudahnya hehe
ReplyDeleteSeronok dpt jumpa ahli keluarga jauh, dapat eratkan silaturahim
Betul. Goreng mee senang... Sedap pun sedap hihi
DeleteSeronok kan bila ada tetamu datang rumah. Tambah-tambah kalau saudara mara atau rakan yang jarang jumpa. Tetamu kan pembawa rezeki.
ReplyDeleteBetul Kak Azi... Seronok sangat
Deletesedap mee goreng kalau masak sendiri
ReplyDeleteBoleh letak macam² aksesori kan Mieja :)
Deletesedap nampak mee goreng tu..yum yum
ReplyDeleteAlhamdulillah janji tetamu kenyang hihi
Deleteye selagi daging korban masih ada, mmg menu daging je yg muncul hehehe
ReplyDeleteYezza... Sampai tak tau nak masak apa dah π€
DeleteSedap mee goreng PH. Baru ni goreng mee jugak setelah sekian lama.
ReplyDeleteSy kerap juga masak mee sbb suami dan anak⁴ suka mee. Sy ikutkan lagi suka bihun :)
DeleteDaging kurban saya blm tersentuh . Ntahlah kapan hahahaha. Blm tau nak masak apa, dan lagi dah nak berangkat road trip panjang ke Sumatera ini yg buat malas masak π .
ReplyDeleteKalo kedatangan kluarga begini, apalagi yg lama tak jumpa, memang senang sangat..❤️. Ada kesempatan utk silaturrahmi. Bisa memperkenalkan anak2 dengan saudara mereka juga
Wah mau road trip Sumatra ya Fanny? Seronok bangat ni! I luv being on roadtrip hehe
DeleteIya, boleh dikenalkan dan dieratkan tali persaudaraannya
Alhamdulillah.. Seronok bila ada orang dtg rumah... Macam pagi tadi, masak lah macam2.. Alhamdulillah, habis... Sebab adik beradik berkumpul dekat rumah, mak ngan bapak singgah rumah dulu baru gerak ke kampung.
ReplyDeleteSeronok kan bila ada orang datang rumah... Lagi best kalau diorg bgtau awal sbb kita bole prepare apa yg patut
DeleteAlhamdulillah..tetamu datang kita raikan dan jamu makanan. Kunjung mengunjung dapat mengeratkan silaturahim.
ReplyDeleteSedap tu mi goreng tambah daging. Untung sangat dapat daging korban extra. Boleh buat rencah macam-macam. Selagi tak habis, selagi tu kita olahkan macam-macam resipi atau buat rencah.
Daging korban ni special, setahun sekali jumpa itu yg bila dapat jamu orang lagilah rasa istimewa :)
DeleteAmmi kalau sepupu2 abah (yg belah arwah mak mmg ngam sporting). Kalau belah arwah pak mentua hi hi gitu jelah sbb dorang semua jenis ckp sesama dorang je. Kelakar pulak rasa
ReplyDeletePH kurang ngam dgn sepupu sendiri sbb jarak usia kami jauh dan jarang jumpa. Dulu PH kecik² diorg dah kawin kebanyakannya. Anak² diorg yg mostly umur² PH.
Deletecantik la bunga tulip atas meja tu!
ReplyDeleteTangan yang memberi lebih mulia… tapi tangan yang ambil pun seronok sebab dapat rasa masakan sedap
ReplyDelete