Sunday, 22 June 2025

Recap ~ Week 24, 2025

Week 23 ✅
Week 24: 11/6-17/6/2025

RABU Dians Signature hantar motor jam ganti sebab yang dapat sebelum ni rosak. Baguslah diorang gantikan. 


KHAMIS Kakak buat french toast untuk minum petang. Balik sekolah lapar ๐Ÿคญ

JUMAAT Ummi kemas porch dan beranda buat sekian kalinya hihi... Elok pula petang tu Walid bagitau Kak Ngah Minah nak datang. 

SABTU Makan kenduri di Laman Ummi Farisha sebelum tetamu ๐Ÿ‘†๐Ÿป sampai 

AHAD Cik Ana bagi seplastik buah asam jawa. Manis buahnya tapi tak larat la nak habiskan, Ummi sorang je makan. Nanti nak Google cara jadikan asam jawa ni untuk letak dalam masakan. Ke kopek kulit dan simpan je? 

ISNIN Memo yuran PIBG Abang dah keluar. Yuran PIBG sama untuk semua pelajar, kecuali pelajar puteri ada extra sikit dlm RM40 untuk pengurusan sanitary . Yuran Makan Asrama pula ikut tangga gaji. Gaji RM3999 je bawah yuran makan RM1/hari. RM4000 ke atas bayarannya RM3/hari. Standard rasanya rate ni untuk mana² asrama sekolah KPM. 

SELASA Layan movie Bukit Kepong versi berwarna. Ingat nak tengok sampai habis tapi pukul 10 pun tak larat nak buka mata dah. Kalau cuti sekolah 'gagah' jugalah berjaga tapi hari sekolah tak berani. Takut overslept sebab Ummi ni jam loceng paling efektif di rumah. Geram tau depa yang nak pi sekolah/kerja tapi kita yang kena bangun lagi awai  ๐Ÿคญ


19 comments:

  1. Teringat kali pertama tonton movie Bukit Kepong, bercucuran air mata... terlalu menghayati!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy setiap kali tonton, setiap kali tu nangis Kak ๐Ÿ˜ญ

      Delete
  2. filem lama memang power...kita terkenal kisah pahlawan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, dilakonkan dgn penuh jiwa. Dan based on true story lagilah menyentuh perasaan

      Delete
  3. Oh, br tau rupanya yuran asrama ikut rate gaji

    ReplyDelete
  4. Filem Bukit Kepong ni tengok banyak kali pun tak bosan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar Kak. Setiap kali ditayangkan tetap juga nak tengok

      Delete
  5. Ngam ngam kemas ada orang nak datang, molek sangatlah tu kan. Buah asam jawa rare, susah juga nak jumpa tu. Dulu di kampung saya ada sepohon pokok asam jawa yang besar dah lama ditanam. Kalau orang kampung nak makan ambil je. Sedap makan begitu saja. Tapi kalau dah banyak tak larat sudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama, di kampung Akk pun ada sepohon pokok asam jawa. Kami suka makan yg putik, tak masam sangat. Dulu² buah kampung ginilah jadi snacking kami :)

      Delete
  6. Dah lam x tengok movie Bukit Kepong..SA x pandai makan uah asam jawa tu...selalu beli yang dah dijadikan kudapan atau pes asam jawa tu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la nak try buat macam asam jawa utk masakan tu... Nak makan saja tak habis la sbb sorang je makan

      Delete
  7. Aah.. sama yuran asrama ikut KPM.
    Yuran PIBG Wafi belum keluar lagi.
    Ummi wajib bangun no syatuuuuu๐Ÿ˜†

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Ummi tak bangun, depa pun tak mau bangun Kak haha ...

      Delete
  8. Kalo di sini, asam jawa tuh sering dibuat minuman kak. Sedap. Kasih gula aren atau gula melaka. Cuma cara membuatnya hrs liat resep dulu ๐Ÿคฃ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orait² tq info. Nanti Akk Google resepnya. Tengah batuk² ni sesuai sangat minum air asam jawa

      Delete
  9. Haha..masa cuti azam Khilfi nak bangun sunat tahajud. Siap kunci jam ni. Masalahnya jam sebelah telinga di berbunyi dia takndengar. Ammi di bilik depan yg dwngar dan bangun. Adoilahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah bagus lah Khilfi ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป
      Itu standard Ammi, dekat rumah ni pun kitalah tukang tutup alarm bilik² depa ๐Ÿ˜†

      Delete
  10. Sedapnya buah asam jawa ... Ni kalau buat colek nii fuhh terliur

    ReplyDelete