Week 22 ✅
Week 23: 4/6-10/6/2025
RABU Ummi masak Laksa Johor, setelah sekian lama tak masak. Rasa okay tapi kuah terlebih cili kisar, merah pulak jadinya. Bukan kekuningan seperti kebiasaan kuah LJ.
KHAMIS Wukuf di Arafah.
JUMAAT Berbuka puasa Hari Arafah dengan anak⁴. Kami berbuka nak kena makan nasi dulu. Walid pula cukup sekadar minum air dan jamah kuih. Lepas solat Maghrib baru sambung makan.
SABTU Hari Raya Aidil Adha
Abang tekun melapah lembu korban :)
AHAD Bawa anak⁴ keluar. Sampai di rumah lepas early dinner dekat Nas Bistro tu, baru sedar air takde. Mujurlah semua dah mandi. Dan syukur air di paip luar masih ada.
ISNIN Ummi Walid breakfast dekat luar, anak⁴ tak nak ikut. Abang Angah nak packing beg, hari ni kena balik asrama.
SELASA Back to school after 12-day break. Adik MC hari ni sebab kurang sihat.
Sedapnya laksa johor.
ReplyDeleteTak berapa jadi kali ni Cie... Tapi licin gak, rakyat ramai hihi
DeleteMinggu penuh makanan ni 🤣
ReplyDeleteBurrrp kenyang 😂
Deletetiba2 terasa craving laksa johor plakkkk
ReplyDeletePi cari lekaih MZ :D
DeleteFirst time makan laksa Johor . pelik sikit mula-mula, tapi lepas suap kedua terus sedap!
ReplyDeleteBetul. Dulu pelik juga sebab depa guna spaghetti... Tapi lama² jadi suka pulak :D
DeleteDah lama x makan laksa johor..terus teringin ...
ReplyDeleteItu yang buat tu SA... Nak beli tak padan sebab ramai rakyat time cuti sekolah ni 😁
DeleteUmmi walid boleh detim berdua.
ReplyDeleteBaguslah abang & angah packing beg sendiri 😅
Abang Angah ada di rumah boleh la keluar dating Kak hihi
DeleteAnak2 bujang ammi hari ke2 baru pegi menolong org di surau. Masa mula2 abah ajak tu monyok bukan main muka, waktu balik haaaaa baru tau seronoknya memasing bercerita.
ReplyDeleteYg kecik dpt tugas ikat plastik je pun tp dia punya heboh bercerita mcm dia tukang sembelih haha
Haha baru depa tau syok gotong royong buat korban 😁
Delete