Thursday, 26 June 2025

Peah ~ Bengkak Susu

Kenalkan anak³ Peah; Emon, Gupi & Tabby. 
Favourite diorang main/cakar selipar πŸ˜‡

Rupanya ada sebab Peah demam hari tu. Sabtu tu kami perasan ada luka bawah perut dia. Mulanya kami sangka digigit sesuatu and sebab luka tu dia demam. Teruk lukanya, tak berani Ummi nak belek. Terus bawa pergi vet. Bila doc check bengkak susu katanya. 

Terkejut ye sebab tak sangka kucing pun boleh kena bengkak susu. Keduanya Ummi tak sangka boleh luka sampai begitu. Sebesar 2 jari juga luka Peah tu. Jadi, kena buat minor surgery dan warded

Estimated cost 🫣
Agaknya sebab ni Allah tak gerakkan hati Ummi beli set teko cantik atau pun meja kopi kayu jati sehari sebelum. Rezeki Peah rupanya duit tu. 

Ini gambar hari ke-6. Bayangkan hari sebelum² tu, lagi merah dan teruk lukanya. 

Warded Ahad - Selasa. 

Lega bila Doc update tentang Peah hari Isnin tu. Untuk surgery ni kena sign consent form ye, macam orang juga. Bila ada consent form ni Ummi jadi overthinking pulak πŸ˜… Dok fikir macam² sampailah klinik hantar gambar ni baru lega hati :) 

Hari Selasa Peah dah boleh discharged.

Demi seekor Peah 😌

Anak³ terus serbu Peah πŸ₯Ή
Masa Peah warded, malam² bawa depa tidur dalam rumah. Siap dodoikan bagi tidur haha... 

Since Peah kena dressing hari², jadinya setiap hari Ummi kenalah bawa ke klinik. Ummi tak reti dan tak berani nak buat sendiri. Selain dressing, Peah kena makan ubat juga. 


Dressing cost; 
Rabu-Khamis, Sabtu & Ahad: RM10x4 = 40
Isnin: RM5 

Banyak berhabis ni bukan sebab terlalu sayang atau beria² ke apa tapi lebih kepada rasa tanggungjawab dan kesian. Tambah² Peah ada anak³ kecil. Sedih pula kalau jadi apa² pada dia kan. Nak tak nak bawa juga ke klinik. 

Peah ni lasak, bandage asyik terbuka je, Doc suruh pakai baju. Dah macam romper baby rupanya πŸ˜†

Sekarang lukanya dah bertambah baik jadi Ummi dan gegirls cuci dan sapu ubat di rumah saja. Dah tak perlu bandage, senanglah sikit kerja kami. Lagi 2 minggu Doc suruh datang semula. 

Sihat² selalu ye Peah ❤️

32 comments:

  1. Kena buang ke tek peah tu?
    Anak2 peah la nie, tak BF betul2.. Moga cepat sembuh peah.. Mesti sakit.. Kita yg bengkak susu nie pun mcm hape je dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu. Yang luka dan bernanah tu keliling nipple dia.
      Ytjt la sakitnya macamana tu kan. Tersentuh pun auto berayaq mata.

      Delete
  2. Kita bengkak susu pun dah seksa rasa. Ni kan pulak binatang tak reti nak ekspresi kesakitan. Semoga yang baik2 jela untuk peah ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye Cie... Cuma nampak dia kurang cergas itu yg boleh perasan tu.

      Delete
  3. Mudah2an luka peah cepat sembuhnya

    ReplyDelete
  4. Allah! Pengorbanan seekor emak walaupun haiwan emak ttp emak. Cepat sihat Peah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalkan namanya ibu, memang sanggup berkorban apa saja utk anak kan πŸ₯Ή

      Delete
  5. Semoga cepat sihat Peah dan semoga rezeki PH bertambah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin tq NA doakan kami 🀲🏻

      Delete
  6. allahuakbar, kesiannyaaaa.....besar pulak tu lukanya....cepat sihat peah.....sama mcm kucing akak peberet mengaru dalam selipar

    ReplyDelete
  7. Comelnya nama² anak Peah. Saya pun tak sangka kucing pun boleh bengkak susu. Mujurlah bertindak cepat. Kesian Peah. Semoga dia cepat sembuh dan baik-baik je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la Akk pun... Asbab kena dekat Peah ni dapatlah Akk pun kongsi info pada readers. Sama² kita cakna kalau ada bela kucing

      Delete
  8. Dia bengkak sampai terbelah ke mcmmn tu, PH? Ya Allah, kesiannya Peah. Semoga Peah lekas sembuh dapat jaga anak².

    ReplyDelete
    Replies
    1. Luka pada kulit sekeliling nipple tu SK. Maybe nanah then dia garu, mulalah luka tu membesar.

      Delete
  9. ngerinya tengok luka Peah tu,kesian dia memang sakit sangat tu..tengok jemur baju Peah ada jiran datang melawat tu kan PH kot tiba ada baby baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tengok pun nampak pedih kan luka tu huhu...
      Alamak, jangan la jiran salah faham ahaha πŸ˜‚

      Delete
  10. Kesiannya sebab nampak dalam la luka dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ezna, dalam dan lebar lukanya tu :(

      Delete
  11. Teruknya Luka Peah. Moga diberikan kesembuhan sepenuhnya

    ReplyDelete
  12. Aduhai Peah...Sa dok fikir camne dia leh luka sampai macam tu sekali kalau bengkak susu je...cepat sihat ye Peah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin dia garu² kot SA...
      PH pun tak leh brain juga actually πŸ˜”

      Delete
  13. Ya Allah kak, ngiluuuu saya melihat lukanya. Terbayang sakiiit sangat yg dirasa peah 😭. Dulu pun kita pernah rasa juga bengkak susu kan. Memang mau menangis lah.

    Betuuul kak. Tanggung jawab kita utk merawat peliharaan di rumah. Tak mungkin kita hanya mau enaknya saja, lalu di saat mereka sakit, malah diacuhkan. Bahkan ada manusia yg lebih kejam, dibuang ketika kucingnya sakit πŸ˜”

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit amat kan kalau bengkak susu ni ... Ini dgn lukanya lagi, pasti bertambah sakit huhu...

      Ia benar, perlu dijaga kebajikan haiwan² peliharaan kita ni.

      Delete
  14. Nampak teruk juga luka tue .. moga cepat², sembuh

    ReplyDelete
  15. Zaitun haritu pun bengkak susu juga mungkin sbb dari 3 ekor anak hanya Aswad je yg survive. Doctor suruh tuam2 je dgn tuala panas. Tapi takdelah teruk mcm peah. Sian peah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh pernah jadi pd Zaitun ye? Macamana Ammi perasan? Dia demam erk...
      Macam Peah ni first time pergi check Doc kata demam and suspect parvo sbb demam tu tinggi.

      Delete