Friday, 28 February 2025

Rezeki Jumaat 28/2

Jumaat terakhir di bulan Februari dilimpahi pelbagai rezeki alhamdulillah. 

Hadiah birthday katanya. 
Alhamdulillah terima kasih Cik Tah 😘

Nasi Arab ni dari KuMa, kawan Abang yang khatam hafazan hari ni alhamdulillah 🀲🏻 
Abang dah kenyang makan nasi lemak ayam berempah dari Mu'az, yang juga khatam hafazan hari ni jadi nasi Arab ni dia bawa balik ke rumah. 

Yang ditunggu², kiriman hadiah dari bff Ummi. From Taiping with ❤️ 
Alhamdulillah dapat kurma, sejadah dan tudung. 

Nasi Kandar Kudu lagi, dari surau alhamdulillah. 

Sambil makan malam, on la TV nak tengok pengumuman puasa. Sebelum ni dah confident puasa Ahad, tapi awal pagi Jumaat tu ada dengar rumours puasa Sabtu. Tahu rumours, tapi percaya jugalah dalam 30% haha... 

Semoga Ramadhan kali ni lebih baik utk kita semua 🀲🏻

Thursday, 27 February 2025

Happy Birthday Ummi 🎈

Alhamdulillah bertambah setahun lagi usia di dunia, bermakna makin dekat menuju ke sana. 
Semoga ada keberkatan pada umur Ummi yang telah berlalu dan yang akan datang.

 

Hadiah dari Adik.
Gelang ni dia buat sendiri. 
Tqsm love 😘 

From Kakak. 
Tqsm sweetie πŸ˜˜

From Abang.
Kek beli di koop :) 
Tqsm my superhero 😘

Angah belanja nasi kukus kantin sekolah dia. Anak #2 kan lain sikit ahahaha....
Tqsm my sonshine 😘

Doakan Ummi sihat selalu, mewah rezeki, hidup berkat dan menjadi insan yang lebih baik di setiap hari. 

Nasi Lemak Atok

Sarapan Nasi Lemak Atok semalam ... 

Maaf, gambar tak cantik.
Buka je pembalut, 'runtuh' nasinya yang membukit elok tadi πŸ˜‚
Best-nya NLA ni ada kangkung rebus, selain hirisan timun. 
Ikan bilis dan kacang pun tak kedekut. Tatkala ramai peniaga yang hadkan kacang dan ikan bilis sampaikan pernah la dapat 1-2 ekor je ikan bilis dalam nasi lemaknya, NLA tetap maintain macam dulu. Ummi dah jadi pelanggan NLA way back to early 2000 kot, dari bujang sampai anak 4 :D 
Rasa dan kuantiti nasi serta aksesorinya pun tak berubah. Agaknya masih guna cawan sukat yang sama. Ada peniaga dah kurangkan nasi, nak lebih caj lebih tapi NLA maintain πŸ‘πŸ»

Yang dah berubah, Atok. Nampak makin uzur dan fragile :( 

Atok ni la yang selalu sedekah RM1 dekat anak² pelanggan dia. Semua anak⁴ Ummi pun kenal Atok sebab dari Abang hingga Adik semuanya pernah merasa pemberian Atok. 
Semoga Atok sihat² selalu hendaknya 🀲🏻

Wednesday, 26 February 2025

Lunch @ Johor Muar Bariani House, Prima Sri Gombak


Selesai shopping kasut terus balik ke Sri Gombak. Nak kata lapar tu tak sangat tapi sebab dah lunch time terus je cari kedai makan. Ummi ajak Walid ke Johor Muar Bariani House di Prima SG je. Malas nak ke sana sini dah sebab cuaca panas sangat. 

Cantik jam depa...

Menu depa...

Pilihan Walid; Nasi Bariani Gam Ayam Masak Merah. Ada telur rebus dlm nasi tu, berserta acar, hirisan tomato, sambal cili dan daun salad. 

Ummi pilih Nasi Bariani Ayam Goreng. 

Ayam goreng pula dihidang bersama daun salad dan tomato,  πŸ‘πŸ»

Disertakan juga dalca sayur dan kuah. Kuah (mangkuk kiri) tu tak tahu namanya tapi sedap. Mangkuk lagi satu tu Ayam Masak Merah (lauk Walid). 

Sebab Ummi selsema dan sakit tekak, order limau suam. 

Order juga puding karamel sebagai pencuci mulut.


Alhamdulillah, kenyang. 


Ke Mitsui Outlet Park

Usai bersarapan di Bangi, kami terus bergerak ke KLIA wpun katanya hanya akan ambil masa sekitar 45 minit saja dari sini. Awai tak kalut :p 

Sinilah destinasi kami...

MOP pun tak buka lagi kami sampai dah hihi...

Bila dah buka pukul 10 tu, teruslah masuk. 

Tersinggah dekat Bath & Body Works, grabbed sebotol pewangi rumah ni. Bau dia wangi ya amat! Bau satu rumah ye, sampai tingkat atas pun boleh bau wanginya tu. Seronoklah wangi² ni, lagi² nak sambut Ramadhan.  

Tujuan utama nak ke Clarks ni.
Walid nak belanja Ummi kasut sempena my birthday. Sebenarnya Ummi berkenan dgn satu kasut Clarks ni masa singgah di Melaka otw balik dari Johor last December, tapi tak beli. Tapi design yang Ummi nak tu takde dekat outlet ni :( 

Jalan² lagi, berkenan dengan kasut dekat Hypershoe ni. Satu sneakers, satu sandal. 
Tq Walid 🫢🏻

Singgah Watsons, Abang kirim body mist. Ikutkan dia nak 'pau' body mist Amway Ummi, of course la Ummi tak bagi. Hat tu mahal nak ooi, dekat RM50 sebotol 🫣

Beli yang ni untuk Abang, belas² ringgit je sesuailah dgn student :p 

Lastly, singgah di kedai perabot biru kuning tu. Tak sangka pula ada cawangannya yang versi mini gini. 

Macam bunga pula nampak bath sponge ni kan... 

Dah 2 jam di sini, jom la balik. 

Waze suruh ikut MEX pula, kita follow :) 




Rezeki Nak Puasa

Ya Allah terasa sangat aura Ramadhan tu kan... Tak sabar sungguh rasanya nak raih keberkatan Ramadhan ni. 

Perbanyakkan DOA ni, mudah-mudahan kita semua diberi rezeki untuk bertemu lagi dengan bulan mulia ni. 


Rezeki menjelang Ramadhan, Kurma Medjool kiriman Tok Umi untuk cucu⁴nya... Sampai Isnin kelmarin. 

Kakak tak puashati namanya salah eja :D 
Selalu nama Adik yang orang silap eja; Nadeem la, Nadin la huhu

Selain kurma, serunding pun antara barang wajib juga bila tiba bulan puasa. Ini pemberian Uncle Jep utk kami sekeluarga. Semoga mewah selalu rezekinya dan dipermudahkan urusan rawatan Auntie Farah 🀲🏻


Tuesday, 25 February 2025

Sarapan @ Roti Canai D Bukit, Bangi

Singgah di Bangi dulu sebelum meneruskan perjalanan. Kali ni kami sarapan di Roti Canai D Bukit, tepi jalan tu. Tak banyak kereta, mungkin sebab hari kerja. Kami sampai sini dalam pukul 8.15 pg. 

Walid order 5 cucuk sate ayam buat raso². 
Sedap satenya, kuah pun mabeles. Sate ni kalau panas² mau lagi sedap ni. Ini depa siap bakar, letak dalam bekas dan tutup. Suam² je la satenya. 

Ummi makan nasi lemak lauk hati belado. Lauk lain ada ayam goreng kot tak silap. 

Ummi dah ada ayam goreng. 
Ayam goreng ni Walid belikan untuk gegirls, tapi Kakak tak nak.  Rezeki Ummi la. Bukan selalu dapat bahagian drumstick ni, asyik jadi rebutan anak⁴ je... 

Pilihan Walid; roti telur & kari kambing.

Kari kambing ni RM10 semangkuk kecil ni. 
Lembut dagingnya, sedap πŸ‘πŸ»

Air; Teh Tarik, kopi dan air kosong. Semuanya RM23.00. Sate bayar asing. 

Alhamdulillah kenyang, jom kita! 

Kiri ke kanan? 


Berpagi²

Ikut Walid hantar gegirls ke sekolah. 

Cantiknya bulan ... 

Aman, tenang, damai di langit sana.

Bila alih pandangan ke bawah, serabut jiwa πŸ˜…

Saling berpapasan, berkejaran memulakan hari. Semoga Allah jaga semua 🀲🏻 

Eh, bulan ikut kitalah :D
Sampai ke tua ni perasan bulan dok ikut kita hahaha ... 

Toleh ke sisi, ternampak tiang² gergasi ni. Aduh, serabut rasanya! 
Hari² terpaksa hadap construction ECRL ni memang meletihkan. 

SPE lengang... 
Tol RM3.50. x2; sekali bayar di Wangsa Maju, sekali tak ingat bayar di mana πŸ˜…

Semoga hari kita baik² dan lancar hendaknya 🀲🏻 

Singgah di Salai 'D' Kg Raja, Temerloh

Keluar dari homestay, kami terus menuju ke highway

Tiba² nampak kedai ni, seberang jalan.

 Sanggup u-turn ye sebab nampak ada itik salai 😁

Itik salai kegemaran kami. 
Ummi sejak kahwin dengan Walid baru pandai makan lauk itik. Dulu, Tok Ayah bila kami balik kampung rajin beli itik. Bukan itik salai, tapi asalkan itik family Jitra suka. 

Nampak bersih penyediaannya πŸ‘πŸ»


Seekor RM50, depa tolong potongkan.
Senang kerja Ummi nak masak nanti.

Selain itik salai, ada juga ikan² sungai (dalam akuarium tu). Hari tu ada ikan patin dan talapia. 

Sampai rumah, tak sabar² nak masak. Maka terhasillah Itik Salai Masak Lemak.  Alhamdulillah puas makan bila masak sendiri ni... 

Ada separuh lagi itik salai ni cadangnya nak buat rendang untuk sahur 1 Ramadhan nanti Ψ₯Ω† Ψ΄Ψ§Ψ‘ Ψ§Ω„Ω„Ω‡