Tuesday 31 January 2023

Pokok Cili

Alhamdulillah syukur akhirnya pokok cili yang Ummi tanam dah berbuah. Orang lain senang je tanam cili tapi Ummi ni baru kali pertama berjaya jaga pokok ni hingga berbuah. Ada sekali tu dah keluar bunga bagai tapi tiba-tiba mati kena serang dengan bena putih. Frust betul masa tu sampaikan tak lagi berhajat nak tanam cili haha...

Yang ini asalnya dalam pasu, berkongsi dengan pokok Bayam Brazil kot. Ummi tak semai pun cuma tumbuh dari biji-biji cili yang Ummi kumpulkan bersama kulit bawang dsbnya yang dimasukkan ke dalam air basuhan beras. Air basuhan beras ni la buat siram pokok-pokok Ummi. 

Ummi alih ke tanah depan rumah. Alhamdulillah membesar dengan suburnya. Meriah berbunga 🤩

Pokok lengkuas belakang rumah pun dah dipindahkan ke depan. Alhamdulillah dah keluar tunas baru. Daun serai wangi tu kepunyaan Nenek Rizqi. Rimbun melepasi longkang. 

Betik Ummi juga rancak berbunga dan berbuah alhamdulillah. Harap kali ni tidak lagi layu di hujung mekar :p

Pokok terung ni pun kembali sihat. Hari tu kena serangan ulat kot, habis berlubang daun-daunnya. 

Gunting buang daun-daun rosak tu ..

Pokok temu pauh pun dah membiak, syukur... 

Pokok kunyit pun rajin berpucuk... 

Daun jenis besar. Ummi semai lagi untuk stok raya nanti :) Kalau hidup, dalam polibeg tu nak bagi Mak Bee. 

Yang baru munculkan diri tu anak pokok peria katak.

Alhamdulillah 'ala kulli ni'mah 🤲

 

11 comments:

  1. seronoknya tengok tanaman hidup subur dan berhasil..

    ReplyDelete
  2. Wah! Putik cili, putik betik dan menjenguk dunia! Tak lama nanti dapatlah tuai hasil.

    ReplyDelete
  3. Wah pasni bole buat kebun lg besar ni heheh

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah semua membuahkan hasil.

    ReplyDelete
  5. Mesti gembira kan tengok hasil tanam sendiri mejadi.
    Mrs. A kalau menanam ntahla selalu tak menjadi

    ReplyDelete
  6. bulan puasa nanti senang nak masak PH kutip2 petik2 je

    ReplyDelete
  7. best kalau ada tanaman yg basic yg kita guna hari² mcm ni kan?

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah..lepas la nak masak2 kan

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah, tumpang seronok tengok tanam-tanaman menjadi..

    ReplyDelete
  10. pokok cili Pak Zain pun dah mula berbunga, lepas tu SA ada beli 5 pokok terung..pelbagai jenis..baru Pak Zain pindahkan kat dalam polybeg

    ReplyDelete