Monday 23 January 2023

Playing Tourist in Bentong

Page 22, 2023

Macam tak complete pulak cuti panjang tapi tak kemana-mana dan 'terlibat' dengan kesesakan lalu-lintas yang sinonim dengan cuti umum dan cuti perayaan di negara kita :)
Takde tujuan apa pun ke Bentong, purely nak jalan-jalan santai. 

Kecil saja pekan Bentong ni tapi lengkap semuanya macam pekan Baling juga. Hotel Zamburger pun ada di sini. Bolehlah kalau nak bermalam, nampak baru juga hotelnya. 

Ummi tahu ke bangunan apa ni? 
Ummi faham tulisan dia?  

Tak, cuma Ummi nak vibes CNY jadi wajib bergambar ye anak4 :D 
Tapi, Ummi memang suka bangunan klasik macam ni. Since 1914 tu bangunan ni, more than 100 yrs. 

Bentong Walk

Takde apa pun di lorong ni, cuma di kebanyakan dinding bangunan ada mural yang menggambarkan budaya/aktiviti setempat.

Ada lukisan halia, tapi tak sempat snap sebab ambil gambar dari dalam kereta saja. Daerah Bentong terkenal dengan penghasilan halia yang dikatakan berkualiti tinggi dan mempunyai pelbagai khasiat. 

Cantik sekolah ni. Sebelah kanan tu masih ada sebahagian bangunan kayu dikekalkan. Ada pintu kayu, klasik sangat. Mungkin dikekalkan sebagai simbol sejarah awal penubuhannya. 

Ramai juga orang walaupun cuti umum. Mungkin para perantau yang balik beraya. Malah, beberapa kedai makan milik kaum Cina juga dibuka. 

Selepas menjamu selera di medan selera di sini, kami kembali ke ibu kota. 

Jalan-jalan cuci mata di Aeon Keramat. Rezeki untuk Abang, jumpa kurta lelong RM10, kain cantik terus masuk troli :) 

Merasa juga 'makan jem' . Sikit lagi tu exit ke Sri Gombak. Beginilah nasib orang Gombak kalau ada cuti panjang. Highway sesak, jalan lama pun sesak. Mengamuk Cik Ita Fun Run, nak balik rumah dia di Batu 10 dari Selayang  dekat 2 jam 😂 
(Sori Kak, sy gelak ✌️😁) 


6 comments:

  1. dah lama tak lalu bandar bentong sejak Central spine road dah dibuka

    ReplyDelete
  2. Kitorang lalu sahaja Bentong. Tidak pernah singgah.
    Hehe rajin makan jem ya.

    ReplyDelete
  3. Gombak tu kalau tak cuti panjang pun jammed, kan. Pernah terjebak dua kali, tobat kita, hahaha.

    ReplyDelete
  4. SA x pernah sampai lagi dan rasanya explore Kuantan je..itupun x habis explore, pernah sampai KUantan Parade je buat show masa nak jadi artis dulu..hahahaha

    ReplyDelete
  5. Halia Bentong pedas dia tu yg special

    ReplyDelete
  6. dah lama tak ke bentong walaupun kampung dekat dengan bentong

    ReplyDelete