Sunday 22 January 2023

Pemilihan Tokoh Murid PASTI

Page 19, 2023

Alhamdulillah rezeki Adik layak untuk ujian pemilihan Tokoh Murid PASTI 2022. 

Bila Cg A mesej minta Ummi tolong hafalkan Adik Surah Al Syams Ummi tak tanya lanjut. Ummi ingat sekadar nak habiskan hafazan dan rekod dalam Buku Rekod Murid. 


Kata Cg A yang lain Adik dah lancar. Jadi, Ummi hanya fokus hafal Surah Al Syams. 

14/1 Cikgu maklumkan, 17/1 dah kena kena tasmik. Takpe, kita cuba 💪 
Alhamdulillah terang hati Adik, boleh hafal. 

Rabu petang Cg Sue pula mesej, katanya 19/1 besoknya ujian pemilihan ni akan dijalankan. Allah, terkejut juga, short notice lagi :( 
Disenarai pendek dari puluhan Pasti di Daerah Gombak ni pun bagi kami satu kejayaan buat Adik. Alhamdulillah. 
 
Bertungkus-lumuslah pulak buat ulangkaji dengan Adik. Ummi ingat ujian setara macam Kakak dulu.  Rupanya bila dah sampai sekolah pagi tu baru tahu ujian lisan rupanya. Kena hafal semua list 👆 Miscommunication :( 

Bilik ujian. 
Kata Adik ada seorang Ustaz dan beberapa orang guru dalam bilik ni. Alhamdulillah Adik boleh bawa diri walaupun masuk sorang diri je. Cikgu pengiring kena tunggu di luar. Macam interview kerja pulak 😅

Kata Adik dia boleh hafal Surah Al Syams, Tahiyat Awal & Doa Iftitah tapi Surah Al Mulk dengan Surah Al Layl 'sangkut-sangkut'.  Takpelah Adik, Adik dah usaha. 

Terima kasih Cg A bawa Adik ke tempat ujian; Pejabat Pasti Daerah. 

Kalau dapat maklumat yang tepat dari awal, pastinya Ummi akan usahakan lebih untuk Adik. Tapi, takpelah benda dah lepas. Kita tunggu sajalah pengumumannya di majlis graduasi nanti. Kalau ada rezeki Adik, adalah ye 🤗 

Adik terus berdoa ye! 





8 comments:

  1. Semoga dipermudahkan semuanya dan berjaya dalam pemilihan. Aamiin! Apapun adik dah buat yang terbaik. Tahniah dari ibu. ;)

    ReplyDelete
  2. MasyaAllah comel Adik.
    Moga ada rezeki buat Adik.
    Tahniah juga sebab berjaya hafal banyak.

    ReplyDelete
  3. tahniah adik, dah buat yg terbaik, semoga terus berjaya

    ReplyDelete
  4. Tahniah adik...
    Dah berjaya melangkah...
    Kalau ada rezeki lagi berjaya bergnda🤲

    ReplyDelete
  5. Wah kecil-kecilan sudah buat hafalan surah al-Mulk.
    Tahniah walaupun bukan semua dapat baca.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..comelnya dia...seronoknya kecik2 dah hafal banyak surah...semoga ada rezeki adik nanti

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah....moga ada rezeki nya nanti yer...aamiin

    ReplyDelete
  8. Wah.. mcm sengit persaingannya.. pasti kt sini x pernah lg buat ala2 interviu mcm ni

    ReplyDelete