Tuesday 24 January 2023

Masak-Masak, Makan-Makan CNY

Nak makan sedap-sedap, special-special sikit tunggu semua ada baru seronok. Takdelah rasa bersalah sangat dengan Abang yang duduk di asrama tu 😁

Roti Canai Banjir
Lepas ambil Abang, ambil Angah & Kakak di SRAI petang Rabu tu, bawa depa minum petang di restoran mamak.  

Malam tu kami dinner pulut durian je. Walid takde, tak payah masak nasi :p

Bentang tikar, dengan periuk sekali Ummi hidang haha... Konon-konon mengimbau kenangan makan pulut durian di dangau arwah Tok Wan dolu-dolu la... 

Balik solat Jumaat anakanda berdua bawa balik Nasi Kandaq nalaa... 

Buah tangan dari Walid from Kuantan. Sedap brownies ni...

Kaswi gediks dari Cik Ita Fun Run tu... Cuti sekolah ni adalah masa dia buat kuih ni. Kalau tak, busy jadi transporter budak2 sekolah. Alhamdulillah terubat rindu nak makan kaswi sedap ni. Untuk Ummi, Aunty Shaz, Cik Aida semua dia buatkan. Sudahlah free, siap hantar depan rumah pulak tu. Baik hati betul acik sorang ni. 

Untuk cuti CNY ni juga Ummi buat giliran memasak untuk anak4. Nak suruh belajar, masing-masing taknaklah kan, baru lepas exam. 

Masak dengan pantauan dan tunjuk ajar Chef Ummi :p

Kari Ikan Jenahak (ke Senangin ?) hasil campurtangan Kakak. Tunggu cekap baru kita iktiraf sbg airtangan :)

Udang Masak Thai airtangan Abang. Abang boleh diharap asalkan diberi resepi. Cuma, slow dan teragak-agak sebab kurang pendedahan. Kena banyak latihan dan tugasan :) 

Tugasan Angah masak nasi, goreng ayam dan tolong Ummi masak lala tumis. First time dia masak nasi, dia teruja sungguh :) 

Adik tolong kacau masak lemak ketam ni. Meriah dengan daun kunyit, sebab petik belakang rumah. Cuba kalau beli, jimat je nak guna pun πŸ˜… Cuma masak lemak tu kuah kurang pekat, tak cukup santan sebab market tutup. 

Then, Ummi ajar Adik masak nasi. Alhamdulillah dia cepat faham. Hari ni pun minta nak tolong masak nasi. Sedap nasi Adik masak πŸ‘ Lepas ni boleh bergilir dengan Kakak masak nasi. 

Walaupun tak banyak mana depa tolong sebab masih dalam fasa belajar tapi terasa ringan tugas memasak ni bila ada yang menolong. Tak sabar tunggu cuti sekolah bulan depan... Ummi nak goyang kaki hikhik ...

9 comments:

  1. Wah...seronoknya...apa yang penting kerjasama kan..nampak sedap semua masakan..tema seafood ye bila berkumpul...

    ReplyDelete
  2. sronok tu dh sama2 adik kakak masak2..tklama lg ummi bole rehat

    ReplyDelete
  3. Wahhh, lepas ni ummi boleh goyang kaki. Sorang boleh masak lauk, sorang boleh masak nasi, nanti bagi giliran tukang cuci pinggan dan kemas dapur, hehe.

    ReplyDelete
  4. Boleh harap mereka memasak. Hehe.

    ReplyDelete
  5. sedap2 nampaknya semua menu. MasyaAllah, seronok tengok anak-anak dah boleh geng sinsing lengan baju memasak kat dapur.. Masakan pun nampak menjadi tu. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  6. Wah ..
    lepas ni boleh la chef jadi tukang rasa dan tukang komen untuk masakan master chef juniorπŸ₯°

    ReplyDelete
  7. seronok dah ada yg membantu kan

    ReplyDelete