Sunday 15 January 2023

Masak Maggi Style Fasha Sandha

Ummi tengok video dekat portal hiburan mana entah cara actress popular, Fasha Sandha masak Maggi ni. Teringin nak cuba sebab dia masak Maggi kuah, tapi bila dihulur kepada suaminya Ummi tengok kering je Maggi-nya. Terus Ummi jadi curious dan nak try sendiri. 

Masak Maggi Cara Fasha Sandha 
Mula-mula panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan cili. Tumis hingga sedikit garing. 

Lepas tu, masukkan air 2-3 cawan (ikut kuantiti Maggi juga). Then, masukkan perencahnya dan kacau rata.  

Then, letakkan kepingan Maggi dalam kuah tadi. Kemudian masukkan pula telur. 

Kalau kering sangat, tambahlah air. Ikut citarasa; kalau nak telur sebijik-sebijik, tunggu telur masak dulu baru dibalik-balik Maggi-nya. Ataupun boleh dibalik-balik Maggi-nya jika suka telur pecah. Kaup baliklah Maggi tu hingga sebati semuanya. Tambah air dari masa ke semasa agar Maggi lembut dan kembang. Bila dah kembang tu tutup api. 

Jadilah Maggi tu macam ni 👆 Makin kembang Maggi tu, makin keringlah kuahnya. Maka, jadilah Maggi Style Fasha Sandha masak :)

Bila sekali rasa tu dah sedap, 2nd time buat tu Ummi tambahlah sayur dan udang. Lagi sedaplah di tekak Ummi yang suka makan sayur ni...

Sekali-sekala layan mee segera ni sedap juga :) 


7 comments:

  1. Wiii...nampak sedap. Siap udang bagai tu.

    ReplyDelete
  2. aida ada tgk kat tiktok.
    gini la jugak caranya lebih kurang.
    tak payah celur dulu mee segera tu.
    terus goreng letak air skit.
    aida lom try. tak sempat weekend ni :) ha ha h aha...

    ReplyDelete
  3. Meriah awas2nya PH?! Menarik! Dpt mkn meggie ni sesekali dh rasa habis hati dh. ;)

    ReplyDelete
  4. sekali sekala maggi apa salahnya kann

    ReplyDelete
  5. Sy pun suka tgk video fasha masak kat IG... sempoi je mcm kita² je siap dgn sambal belacannya sekali... kalo sheila rusly tu dh pro sgt... siap dgn presentation lg

    ReplyDelete
  6. Hehe masak megi pun ada cara tersendiri.

    ReplyDelete