Saturday 21 January 2023

Drama Pulang Buku Teks

Page 18, 2023

Habis saja UASA Tahap 2 hari Isnin, hari Rabu terus kena pulangkan buku teks. 

Isnin malam tu juga barulah Kakak bagitahu buku teks Math Jilid 1 dia hilang! Menyingalah Ummi ni. Cuak giler sebab first time anak hilang buku SPBT ni. Esok pagi-pagi Ummi dah tunggu depan Pustaka Rakyat. Bersidai situ 1/2 jam sebelum kedai bukak :D 

Alhamdulillah ada bukunya. Sebab syarat sekolah, kalau hilang kena ganti dengan buku, tak boleh ganti dengan duit. 

Ummi rasa buku ni misplaced masa kami berpindah randah akibat kebakaran hari tu. Previously, buku aktiviti BM Jilid 1 hilang that time. 

Angah pula alhamdulillah semua buku ada. Tapi, ada juga dramanya. Ada buku zakat yang dipinjamkan oleh pihak sekolah tapi ada yang claimed tak dapat. Masa ni self-quarantined bagi yang +ve & close contact COVID-19 diperkenalkan, mungkin ada anak-anak yang direhatkan, tak hadir ke sekolah hari penyerahan buku ni. Sebab tu ada yang tak dapat katanya. 

Buku ni pun dapat kemudian dari buku SPBT. Riuh-rendah jugalah group WA kelas Angah. Ummi pun lupa akan buku ni tapi alhamdulillah ada bukunya. Jenuh juga kalau nak kena ganti sebab buku tu sumbangan Lembaga Zakat Selangor, bukan buku KPM. 

Buku untuk sesi 2023/24 ni pun dah diagihkan pada hari yang sama. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik. 

Dapat 2 buah buku baru. Balut elok-elok nanti peminjam seterusnya tak perlu balut dah. Ada peluang buat baik, kita ambil :) 

Zaman Ummi dulu, buku elok-elok biasanya dapat ke AJK Buku Teks dan kroni depa dulu. Kita yang takde cable ni kadang tu dapat buku hilang mukasuratlah, cover koyaklah dsbnya. Tapi, tetap bersyukur sebab dapat pinjaman buku teks. Nak beli memang tak mampu masa tu. 

Satu lagi kenangannya, buku-buku teks ni dibalut dengan kertas minyak , bukan plastik macam sekarang :) 

7 comments:

  1. Kenangan buku teks kita dedulu kan PH?! Dpt pinjam buku pun dh bersyukur sgt walaupun dh mcm roti kirai koyak sana sini. Jenuh balut bg cantik blk. Hihihihi

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah selesai masalah. Ya kalau hilang kenalah ganti.

    ReplyDelete
  3. dak ava baru dpt info suruh return buku text, blm cek, hrp semua adalah tu. tiap thn dak ni guna buku text baru, mmg mak dia ni lah yang bertugas membalut belasan buku tu. .. alhamdulilah lah semua buku boleh pinjam, tak cam dulu ikut ekonomi family. ada yg tak dpt pinjam

    ReplyDelete
  4. Eh..yelah, teringat zaman kita budak2 dulu sampul pakai kertas minyak coklat tu. Zaman tu rasanya memang semua dapat pinjaman buku teks.

    ReplyDelete
  5. Hahaha...hujung sesi persekolahan ...drama buku teks memang hangat...Saya dah habis fasa tersebut..
    Eh,betul la dulu zaman kita sekolah memang tak pernah dapat buku cantik sebab takda cable..🤭

    ReplyDelete
  6. Betul..zaman kita kroni diornag yang dapat buku2 yang elok, bila tang kita banyak benda xde...kenangan sunggu balut buku dengan kertas minyak...slowly bertukar ke plakstik kan...

    ReplyDelete