Viral katanya resepi ni. Ummi pun bila nampak Cik Puan SK cuba resepi ni, cubalah juga. Selain tu, Ummi juga mengintai dapur maya Kak Lina PG untuk rujukan. Thank you both of you 😘
Memang mudah sangat, tak perlu tumis bagai dan tak payah letak santan pun. Mungkin lebih sihat?
Kari Ayam Bangladesh
Sumber: Seri Kandi Tanah Jauhar / Lina PG
Bahan-Bahan
6-8 ketul ayam
3 biji kentang
1 batang carrot
2 tangkai daun kari
3 s/m serbuk kari ayam/daging
1 s/m serbuk kunyit
1 s/m serbuk cili
4 sekawan - kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga
Sedikit minyak masak
2 cawan air
Bendi - Ummi tak letak
Bahan Kisar Halus
5 ulas bawang merah @ 1 1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 1/2 biji cili merah
2 s/k jintan putih
Caranya:-
1. Masukkan ayam ke dalam periuk bersama kentang, carrot, rempah 4 sekawan, daun kari, serbuk kari, serbuk kunyit, serbuk cili serta bahan kisar halus.
2. Masukkan sedikit minyak masak dan gaul mesra semua bahan di dalam periuk.
3. Buka api kecil dan masak hingga ayam sedikit kecut. Kacau selalu takut hangit, sebab belum masuk air.
4. Bila ayam hampir kecut, baru masukkan air. Besarkan api ke tahap sederhana, tutup periuk dan renehkan hingga masak, sekitar 20 minit.
5. Perasakan dengan garam. Jika semuanya sudah sebati, tutup api.
6. Biarkan dalam 1 jam baru dihidangkan.
Kari ni lagi lama 'direhatkan' lagi sedap sebab kuahnya makin memekat. Masa makan time dinner rasanya lagi umph berbanding time lunch. Gitu ...
Alhamdulillah :)
Ni kari sihat sebab tak letak santan. Kari India pun tak letak santan klu tak silap, ganti dengan yogurt.
ReplyDeleteWah... dah try kari bangladesh... sy blom lg
ReplyDeletex pernah cuba lagi..emm..leh try ni, tq for the recipe!
ReplyDeletesy belum cuba lagi teringin juga nak rasa kari bangladesh
ReplyDeletesedap nmpknya kari bangladesh tu
ReplyDeleteBelum pernah cuba kari Bangladesh ni.
ReplyDeleteMakanan sihat tanpa santan
boleh cuba juga nti ni. tp kalau mak mak org lama mesti tak puas kalau tak tumis hehehe
ReplyDeleteAlhamdulillah menjadi.
ReplyDeleteAlaaaa...kenapa la tengok gambar dia tu...now dah craving...
ReplyDeleteHaish...kari Bangladesh ni dok lalu lalang ja ni...
ReplyDeleteAda juga yang kena pi cari ayam ni...hihihi
ooo gitu resipi nya :)
ReplyDelete