Wednesday 14 December 2022

MyFarm Outlet Kasih, Precinct 7 Putrajaya

Selesai hantar baju terpakai tu, singgah sekejap di MyFarm Outlet Kasih di Precinct 7,  Putrajaya. 

Nampak dari luar macam pasar Tani, tapi sebenarnya pasar basah yang menjual pelbagai barang keperluan harian (barang basah) dan barangan runcit. 
Dibuka setiap hari dari jam 8pg-6ptg. 
Selain barang keperluan harian, ada juga gerai makanan di bahagian luar pasar ni. Manakala khemah merah ni untuk pasar malam, setiap Sabtu katanya. 

Dalam banyak-banyak barang dalam pasar tu, Ummi teruja tengok barang ni 👇

Banyak telur rupanya di Putrajaya ni. Harga pun tak tinggi sangat, berbanding di Batu Caves. Ada satu kedai jual tu  RM20.88 sepapan!

Tak beli apa pun di MyFarm Outlet ni, cuci mata je :) Eh, ada...beli ikan tenggiri masin...

Sedap! 


8 comments:

  1. Lebih kurang pasar tani la agaknya kan PH. Murah telur sepapan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kepada pasar basah sis.
      Itulah, stok pun banyak nampaknya di sini.

      Delete
  2. sedapnya ikan masin... tapi orang darah tinggi takleh makan sangat. secubit boleh laa

    ReplyDelete
  3. terliuq tenggiri masin tu PH hancur2 masukkan dalam bubur nasi sedap sgh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lagi stok dalam peti ais, boleh buat nanti... Tiba2 rasa teringin pulak haha

      Delete
  4. Oh, rupanya... ingatkan jual buah je kat situ... selalu lalu je kat sini dulu

    ReplyDelete