Selain berhajat nak ke Pekan, kami juga ada keinginan untuk melakukan perjalanan di laluan Pekan-Segamat. Kami panggil 'jalan belakang ' sebab selalu kalau ke Segamat kami ikut PLUS. Teringin nak lalu jalan tu, nak tengok apa yang ada...
Alhamdulillah Allah hadirkan peluang tersebut dalam bentuk jemputan kenduri kahwin dari kawan Walid di Segamat, En Din. Jadi, dapatlah kami merasa pengalaman lalu di kawasan tersebut. Kawan-kawan termasuk Uncle Wadi, orang kuat Bomba Johor turut mengingatkan Walid agar berhati-hati kerana jalan tersebut agak bahaya. Kami juga sedia maklum bahaya banyak kemalangan termasuk kemalangan maut sering berlaku di jalan ni.
Kata staff di Ancasa Royale Pekan, dalam 1/2 jam sampailah ke simpang untuk ke Segamat tu.
Memandulah kami hingga sampai di laluan masuk ke Lebuhraya Kuantan - Segamat (Lebuh Tun Abdul Razak). Nama simpang masuk ni Paloh Hinai. First time tahu wujud tempat ni. Ada Balai Polis Paloh Hinai di sebelah kanan simpang, gah di atas bukit.
Lebuhraya ni open highway. Masa ni seronok memandu sebab jalan 2 lanes :) Kiri kanan jalan ada ladang kelapa sawit dan hutan.
Excited nampak signboard Chini! Dari zaman kerja sampai sekarang dok tunggu nasi minyak Cik Siti (ofismate Ummi dulu), tak sampai-sampai jemputannya :D
Lepas Chini, jalan satu lane, jalan biasa. Kereta banyak di kedua-dua arah jadi kena naikkan meter sabar, bukan speed meter :)
Sampai Muadzam. Kami pernah berhenti solat di sini masa nak pergi bercuti di Kuala Rompin 2 tahun lepas.
Lepas Muadzam ni, pemanduan lebih mencabar. Lalu hutan, jalan sempit. Pengalaman kami sendiri, 2x kereta kami hampir bertembung dengan kenderaan di lorong bertentangan yang mahu memotong kenderaan di hadapan mereka. Jalan satu lane jadi kena betul-betul clear baru boleh memotong. Tapi, bukan semua orang mampu bersabar di atas jalan raya :( Walaupun begitu, alhamdulillah tiada perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang pemanduan tersebut.
Ada tempat nama Chenderawasih 😍
Di Gombak ada tempat nama Sg Chinchin, di sini Galang Chin Chin :) Ini agaknya yang dikatakan "jauh berjalan luas pandangan" :p Macam-macam nama tempat yang baru kami ketahui dan sedari kewujudannya.
Alhamdulillah bertolak dari Pekan jam 11.35 pg, sampai di pekan Segamat jam 1.50 ptg.
Lapaq nasik dah ni 🤭
Jalan Muadzam - Segamat merupakan antara laluan yang saya berharap tak perlu lalu. Lagi pulak kalau dah malam. Seksa rasanya. Tapi yang bagusnya, kebanyakkan pemandu lori sini baik, tolong bagi isyarat untuk kita memotong. Lepas tu berbalas hon tanda terima kasih/sama-sama. Itu yang seronok 😀
ReplyDeleteSeronok jugak travel ikut jalan yg jarang kita ikut kan? Mmg aesuai sgt pepatah jauh berjalan luas pengalaman, mmg mcm2 experience yg kita lalui
ReplyDeleteAlamak kena tingkatkan radar berhati-hati. Lagi satu kena sabar.
ReplyDeleteBerani pula jalan di sini.
wah..adventure bunyi nya tu. alhamdulillah semuanya selamat, cuaca pun sgt cantik nampak tu....alhamdulillah
ReplyDeleteChini tu kampung saya PH hehe
ReplyDeletejln muadzam segamat sy kalau boleh elak lalu jln tu seriau
Semoga perjalanan lancar dan selamat
ReplyDeleteOkey, meter sabar tu memang kena tinggikan, hihi. Kita paling penyabar lalu jalan belakang macam ni, sayang nyawa ui.
ReplyDeleteSeronok berjalan2 meninjau tempat orang ni kan PH.
ReplyDeleteSeriau pulak baca part hampir2 bertembung ni. Kadang2 rasa driving di highway lagi selamat dari driving di jalan kampung / jalan biasa ni sbb walaupun kita dah berhati2 memandu, tapi kalau pemandu lain cuai / tak sabar kita pun boleh jadi mangsa kemalangan. Saya selalu amalkan baca doa naik kenderaan kalau nak berjalan jauh.
dari Pekan ke Segamat ada Plus highway ke? 😅 😅
ReplyDelete