Saturday, 17 December 2022

4D3N Kuantan 2022

Know-know sampai Kuantan ☺️

Trip sambil menyelam minum air :D 
Walid ada urusan kerja di Kuantan jadi kami ikut sama. Isnin baru ambil Abang di asrama sebab ada tuition. Selasa pagi terus bertolak ke Kuantan. 

HARI PERTAMA 

Melewati Tol Gombak, hujan mula turun. Makin lama makin lebat. Alhamdulillah selamat tiba jam 12.30 t/hari. 

Walid bawa bersiar-siar di pantai berhampiran Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang, Balok. Besar dan gah nampaknya kompleks Maahad ni. 

Teruja nampak Kubu British berhadapan Maahad. "Macamana nak masuk dalam tu Ummi? Ada tingkap je..." Cepat benar sel-sel depa berhubung:D 

Revisit Mandurah Hotel, venue family day ofis Walid tahun 2015. Means kali terakhir Ummi ke Kuantan was 7 years ago

Lepas setel lunch & checked in, Walid ke ofis manakala kami berehat di hotel. Kuantan masih hujan. But the kids insisted on going to the swimming pool. 

Sejuk! Angin laut dan hujan gerimis tapi depa steady je mandi. Kolam pula di tingkat 5, menghadap laut. Ummi yang terlebih sejuk :) 

HARI KEDUA 

Waking up to this view. Bandar Kuantan masih diseliputi hujan gerimis. 

Anak4 study, buat homework & revision untuk PAT atau sekarang disebut UASA - Ujian Akhir Sesi Akademik, seminggu selepas sekolah dibuka nanti. Study buat syarat je, selebihnya tengok TV, YouTube, movies dekat laptop. Abang pulak asyik main phone. Gitulah budak-budak zaman sekarang. Ummi dulu pun sama je, cuti sekolah main je :p  

Then, Ummi keluar dengan bff Ummi yang terpisah sejak 20 tahun lepas. Seharianlah kami habiskan masa bersama. To make up for the time being separated :p 

Cik Has bawa kami ke TC, Kula Cakes dan makan ICT. 

Malam ke rumah Uncle Shy pula untuk dinner. Murah rezeki hari ni, orang-orang Kuantan belanja :D 

HARI KETIGA

Depa ajak mandi pool belah pagi pulak πŸ˜… Layankan aje... Ikutkan sebelah petang Cik Has nak bawa anak dia join mandi pool tapi demam pulak Hazim tu :( 

Hikmahnya dapatlah kami keluar bersiar-siar sebab Walid balik awal. 

HARI KEEMPAT 

Baru nampak matahari!

Sebab cuaca cantik, dapatlah turun ke pantai. Pantai tepi hotel ni bukan untuk mandi-manda, lebih kepada pantai nelayan tangkap ikan. Airnya warna cekelat :)

Tapi, kids being kids, depa enjoy ja walaupun tak dapat mandi pantai. 

12.30 t/hari kami bergerak ke destinasi seterusnya. Till we meet again Kuantan 😘

16 comments:

  1. Replies
    1. Hehe .. alang-alang bilik besau kita angkut semua :p

      Delete
  2. Penuh aktiviti setiap hari.
    Ke mana selepas Kuantan?

    ReplyDelete
  3. Wah ..
    tau-tau dah landing Kuantan yer PH..
    happy holiday

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... Cuti sekolah bolehlah mengekor MC :D

      Delete
  4. Seronoknya..
    Yang penting anak2 enjoy.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan anak4 je Ibu, Ummi pun sama naik haha....

      Delete
  5. Alhamdulillah, thanks for visiting us at Kuantan. Jangan segan mai lagi naaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for having us. Insha Allah ada rezeki jumpa lagi.

      Delete
  6. eh bila sampai ni PH?kalau ada tau di Kuantan blh bertemu mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. slmt bercuti di Kuantan PH&family...Kuantan hari2 hujan skrg ni hati2 ye

      Delete
  7. Amboi seronoknya depa main di swimming pool. Rindu nak jalan2 di tepi pantai sambil hirup angin dari laut.

    ReplyDelete
  8. Seronoknya mandi kolam, pi makan2 dan lepak pantai...perkara yang anak2 pasti suka..

    ReplyDelete
  9. Wah.. menyelam sambil minum air.. sesuai sgt kalau ada urusan kerja luar kwsn time cuti sekolah camni kan? Bolehlah kita dan anak2 ikut sekali.. seronok jalan2 dan makan2

    ReplyDelete