Baru 2 hari duduk rumah setelah berpergian selama 6D5N ke Kuantan, Pekan dan Segamat usung beg balik kampung pula. Alhamdulillah Allah bagi nikmat dan rezeki berjalan-jalan hujung tahun ni, back to back travel.
Nak singgah di Ipoh, ziarah Ayel dulu. Dia bersunat first day cuti sekolah hari tu. Member dah sihat rupanya, dah mai KL pun. Tak jadi singgah terus pecut ke Jitra. Pakngah Hasan pun dah discharged dari Hospital Taiping. Kalau tak, nak jugak singgah ziarah abang ipar Ummi tu. Ada masalah pada hatinya, suspected cancer :(
Sampai rumah, Tok Umi tengah shooting video untuk graduation night. Bukan biashe-biashe mak mertua ai :p
Cucoq sukun dan puding kaswi untuk minum petang. Hentam je nama dia sebab rasa akan-akan kuih kaswi.
Malam pun Tok Umi masak; nasi tomeh (tumis). Ala, yang guna Kurma Kambing Adabi tu :D
Esoknya makan kenduri bersunat Asyraf.
Jumaat siang takde apa-apa, main masak-masak je dengan Maksu :p Untuk sarapan Ummi goreng bihun. Maksu buat macaroni carbonara.
Siakap stim dan Ayam Goreng Berempah tu Ummi masak untuk lunch. Ikan siakap tu 2 ekor harganya RM17 lebih ja... Murah kan? Maksu masak tomyam, sayur kangkung goreng belacan dan ikan puyu goreng kunyit. Alhamdulillah seronok makan ramai-ramai gini... Tapi, kenalah pakat-pakat masak, pakat-pakat kemas ☺️
Sebelah malamnya lagi meriah. Makan shell out di laman rumah Tok Umi.
Esoknya pukul 5 pagi Tok Umi dan Tok Ayah bergerak ke KB untuk majlis Convo Tok Umi tu.
Jadinya, pagi tu bersarapan sesama kami je di rumah Maksu.
Alhamdulillah walaupun sekejap tetap seronok dapat jumpa keluarga. Kali ni tak balik Baling sebab balik kejap je. Lagipun kami ada plan lain sebelum balik Gombak.
hebat mak mentua PH masih lagi sambung study ye?
ReplyDeletealhamdulillah..meriah makan2 bila gather2 kan?
ReplyDeleteCuti sekolah kali ini sakan jalan. Hantu cuti hari itu tidak dapat balik sebab urus rumah. Alhamdulillah Allah beri kesempatan.
ReplyDeleteSedapnya makan2.. Menyelerakan! ;)
ReplyDeleteWah tok umi konvo ke?? Tahniah tok umi!! Meriah mkn2 syok ada ramai chef
ReplyDelete