Saturday 10 December 2022

Mini Karnival Sukan SRAI 2022

Credit: Cg Aida

Sesi persekolahan tahun 2022 SRAI ditutup dengan Mini Karnival Sukan. Senyum lebar geng mak-mak bila sepanjang minggu terakhir sekolah ni anak2 pakai baju sukan je :D 

Credit: Cg Murni

Kakak terpilih wakili Rumah Biru untuk pertandingan bola jaring. Cikgu letak dia main GS. Alhamdulillah Kakak berjaya lunaskan tugasan dengan baik. 

Hari Isnin pemilihan, Selasa training, Rabu terus lawan 💪

Alhamdulillah, berjaya jadi johan. Tahniah Kakak & team serta Cg Herly & Cg Zaila selaku jurulatih. 

Angah pula tak terpilih dalam mana-mana acara. Tapi takpe, masa merentas desa hari tu Angah dah sumbang mata untuk Rumah Biru. Oklah tu, ada juga sumbangan 🤗

Alhamdulillah penutup sesi persekolahan yang baik. 

Selamat bercuti anak-anak! 
Manfaatkan sepenuhnya cuti sekolah ni ye. Bukak sek ni exam, jangan lupa :p 

6 comments:

  1. Kakskpun hebatlah. Tahniah.
    Selamat bercuti. Ada rancang pergi mana-mana ke?

    ReplyDelete
  2. Tahniah Kakak & team. Penutup sekolah yang manis sekali!

    ReplyDelete
  3. Tahniah kakak & team. Selamat bercuti buat anak2 kita. Salam kenal dari ibu Aqil. ;)

    ReplyDelete
  4. Seronoknya cuti sekolah walau sekejap je kan...jalan pun x jammed...sampai opis pun awal..hehehe

    ReplyDelete