Friday, 23 December 2022

Semalam di Pekan

Dari Kuantan kami meneruskan perjalanan ke Bandar DiRaja Pahang, iaitu Pekan.
 
Dah lama Pekan ni dalam bucket list travel kami. Alang-alang dah sampai ke Kuantan, teruslah ke Pekan. 

Dari Kuantan ke Pekan sekitar 45 minit je... Alhamdulillah cuaca pun panas elok that day


Berhenti solat Jumaat di Masjid Kg Lamir.

Bersebelahannya ada kedai makan. Dalam kedai tu ada tempat buat kuih kapit. Teruja Ummi pun, first time tengok sarang kuih kapit ni...

Setiap sarang tu ada api masing-masing nampaknya. Jenuh jugak tu nak check @ kalih adunan tu kan... Sayang juga, takde proses penghasilan masa ni. Jika tidak, boleh kami tengok proses penghasilan kuih kapit ni. Ikut tulisan pada pintu kedai, sini pusat IKS untuk kampung ni. Mungkin bukan waktu operasinya masa ni. Tapi, dapat juga beli kuih kapit yang dah siap.  

Dari sini, merayau sekejap ke Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Semakin mendekati bandarnya, nampaklah kilang DRB, Deftech dsbnya milik DRB Hicom. Turut kelihatan Universiti DRB Hicom (DRB Hicom University of Automative Malaysia).

Sebelum checked in kami meronda dulu di bandar Pekan. 

Masjid Daerah Pekan. 

Cantik-cantik senibina bangunan istana, masjid dan muzium di sini. Cuma, masa terlalu singkat untuk kami terokai bandar Pekan ni. Sebelah petang pula hujan jadi sekadar mampu bersiar-siar dengan berkereta sajalah. 

Tapi, nampak durian boleh pulak turun dari kereta ๐Ÿ˜

Durian IOI. 

Esok pagi, dengan penuh semangat kami mencari Pekan Sari (Pekan Sehari) di tepi sungai seperti yang tertera pada carian di Internet. Puas berpusing masih tak jumpa :( Kata Makcik Nasi Lemak, Pekan Sari berhampiran hospital, takde di tepi sungai:D 

Pagi tu pun hujan. Bila reda sikit anak4 ajak mandi kolam. Layankan aje lah...


Ikutkan tak puas pun berkunjung ke sini, tapi itu saja masa yang ada. Lepas check out, kembara diteruskan lagi. 

# Berbanyak terima kasih kepada semua yang blogwalking ke sini. Maaf, belum sempat balas kunjungan dan balas komen :D Maklum sajalah cuti sekolah ni banyak agenda & aktiviti. Terima kasih sekali lagi atas sokongan semua ๐Ÿ’

9 comments:

  1. Seronoknya jalan2 ntah bila ibu nak merasa ke sana. Elok sgt cuacanya. Alhamdulillah! ;)

    ReplyDelete
  2. Ada cuba jalan emas tidak? Hehe alhamdulillah sakan berjalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jala emas takde, tapi puding raja ada NA :)

      Delete
    2. Eh saya tersilap maksudkan. Saya maksudkan puding raja.

      Delete
  3. Rasanya sarang kuih kapit tu dah di-modified sampai jadi berkelompok macam tu kan.

    Sy selalu tumpang lalu jer di Pekan ni. Tapi wajib singgah makan cendol tepi sungai tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cendol Hameed ke SK? Berpusing-pusing kami cari kedainya, tak jumpa:( Mungkin Jumaat tutup kot.

      Delete
  4. Kuih kapit ni fav saya ni..Kami panggil
    "Koi Sepit"๐Ÿ˜„
    Pernah tengok versi bakar guna arang dan versi goreng dalam minyak(depa goreng dengan acuan dia sekali).Tapi pasti yang bakar guna arang lebih aroma dan tradisional.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama, kami panggil koi sepit jugak MC ๐Ÿ˜†
      Dulu time raya ja jumpa kuih ni kan...

      Delete