Wednesday 29 December 2021

Tanam Cendawan Tiram

Maklong bagi 2 pek kit cendawan tiram untuk dijaga. Maklong beli dari PesTec (Perlis Special Teens Center) satu organisasi yang berperanan melatih remaja/beliau OKU dalam pelbagai bidang kemahiran. 

Kit tanaman. 

Senang je nak tanamnya ... 

Ummi letak dalam kotak dan setiap hari Kakak & Adik bergilir spray air ke atas medium tanaman. 

Selepas seminggu dapat tuai hasil pertama. Cendawan Kakak tumbuh dulu...

Cantik hasilnya. 

Jadilah sup chicken ball + cendawan...

Jangan tak tau, daun bawang tu pun iols tanam sendiri tau ☺️

Sebelum balik kampung Ummi sisihkan bawang yang dah bertunas, tanam dalam bekas dan lepas seminggu dah boleh diambil daunnya. 

Ini batch kedua, lepas balik kampung. 

Ini cendawan Alya. Ibunya masak bersama bayam. 

Cendawan Anis paling awal tumbuh. Sebelum ke Penang, dia dah toreh kit dan siram. Terkejut ibunya bila balik, dah kembang cendawannya.

Ini pula cendawan tuan tanah haha ... Cendawan Asyraf & Amani pun rancak tumbuh. 

Bila Ummi up status ni, ramai pula yang berminat. Ummi tak jual ye, tapi Shopee ada :D Maksu dah survey, RM10-15/pek. Tapi, kalau nak support PesTec ni boleh tengok FB depa. Maklong contact thru FB je.  

Dapat beg dan buku aktiviti...

Tq Maklong, a new learning experience for us esp for the kids 💝




9 comments:

  1. Mak pun ada tanam. Lebat hasilnya.

    ReplyDelete
  2. kak ana teringin nak tanam cendawan ni.. entah bila nak mula.. :)

    ReplyDelete
  3. Wahhh.. tak rugi laaaa.. tentu lebih enak masakan dari hasil tanaman dan tuaian sendiri.

    ReplyDelete
  4. Sedap dapat makan cendawan fresh. Berbaloi tanaman macam ni. Lebat tumbuhnya pun.

    ReplyDelete
  5. Puas hati dapat makan cendawan tanam dan tuai sendiri 😊

    ReplyDelete
  6. Seronok la kalau dapat merasa tanaman sendiri yang segar ni...Nak cari jugak la...untuk mak,🤭

    ReplyDelete