Tuesday 28 December 2021

Air Bunga Telang

Pokok telang yang Ummi tanam hari tu dah berbunga! 

Sebelum balik kampung dah nampak macam kudup bunga. Dalam hati, janganlah kembang lagi. Kalau boleh bunga pertama tu Ummi nak jadi saksi 'perkembangan-nya' :D 

Bunga sulung, yes! 

Tapi pokok belakang rumah berbunga dulu sebenarnya ...

Perkara pertama yang Ummi nak buat dengan bunga telang ni ialah air bunga telang. Dah lama teringin nak merasa. 

Percubaan pertama. 3 kuntum bunga je. Daun pandan (pucuk lagi) tu Ummi petik dari pokok pandan Aunty Sopiah hadiahkan. Ummi nak minta tolong tanam dalam pasu Ummi, sebab asyik tak hidup je Ummi tanam. Tup-tup dengan pasu sekali Aunty Sopiah bagi :D 

Rebus dengan daun pandan hingga mendidih. Pastu masukkan gula ikut kesesuaian. Bila gula larut, tutup api. Tapis ke dalam jug. Masukkan ais dan perah lemon ke dalam air tadi. Kacau sebati. 

Hasilnya ... 

Pudar warnanya tapi rasanya sedaplah. Rasa pandan & lemon. Bunga telang ni sebagai pewarna ja kot.  

Sebab kurang puashati dengan hasilnya, hari ni petik lagi. Dapatlah 5 kuntum gabungan pokok depan dan belakang. 

I made it! Haha ... Very nice color kan? 

Dan terlaksana juga hasrat Ummi nak tengok pokok-pokok di pagar ni berbunga serentak 😍


10 comments:

  1. Macam warna air blueberry, sweet sangat warnanya tu 😍

    ReplyDelete
  2. x tau bole buat air eh... ingat utk masakan je nasi kerabu ehhehe

    ReplyDelete
  3. Buat pelbagai jenis kuih pun boleh

    ReplyDelete
  4. Wah air ungu. Rasanya bunga telang sebagai pewarna.

    ReplyDelete
  5. Subhanallah Alhamdulillah nak seribu daya kan PH hehehee...

    Ungu semulajadi tanpa sebarang pewarna tambahan.

    ReplyDelete
  6. Teringin jugak nak tanam bunga telang. Suka dengan warnanya boleh dibuat untuk pewarna makanan dan minuman.

    ReplyDelete
  7. Saya baru tahu boleh buat air. Cantik warnanya, nampak refreshing sangat! 😊

    ReplyDelete
  8. Nanti bila dah galak berbunga,puas dapat buat air dan campuran dalam kuih....Saya pernah guna buat pulut tetal dan nasi kerabu..

    ReplyDelete
  9. Cantik warna air dia purple light

    ReplyDelete