Thursday 23 December 2021

Balik Kampung ~ Makan-makan

Dah seminggu balik dari kampung tapi masih terbawa-bawa dengan kemeriahan yang dirasai. Paling meriah waktu makanlah kan ... Berkumpul adik beradik, ipar duai, anak buah, anak ranting, anak daun haha ... 

Ahad

Lunch @ Pelita Nasi Kandar Juru dengan Makcik & the gang. 4 dewasa + 5 kanak-kanak RM70++. Ok harga dia. 

Hi-tea @ rumah Maklong; bihun Singapore, roti, kambing masak kurma & bubur gandum. Free ja :D 

Kambing masak kurma. 

Isnin

Dinner @ Cafe Kolej Height Utara

Selasa

Lunch @ rumah Makngah. Gulai ikan temenung Makngah is always the best. 

Singgah di Batu 42 beli kopi. Meriah betul area pokok ketapang tu dengan pelbagai warung jualan. 

Kopi Goyang. Lepas minum kita bergoyang haha... 

Rabu

Sarapan Nasi Lemak Panas Taman Pasu berhampiran Hospital Jitra. Makan beramai-ramai bawah pokok memang layan... 

Lunch @ rumah Maksu. Macam-macam lauk Maksu masak; siakap & talapia bakar, kailan ikan masin, sup ayam, sambal sotong + petai dll.. Ulam pucuk ubi dan ulam raja Tok Kodiang bawa. Semalam pula Maksu raikan Maklong Ida dan keluarga... 

Daging salai + rebung, sambal tumis udang, keli goreng, ayam goreng dll ... 
Rajin menjamu orang makan Maksu depa ni 💝

Minum petang di kedai Maksu Fidah. Tak sah balik kampung tak makan bihun sup tau! 

Khamis 

Lunch keluarga besar Tok Ayah di Hawa Nasi Campur Kepala Batas. 10 dewasa + 11 kanak-kanak harganya RM 226 termasuk 3 ekor sotong besar berharga RM30/ekor. Bagi Ummi sedap makan di sini esp kari; Malay style curry, bukan mamak. 

Ummi ambil ikan isi + peria goreng dan kuah kari. Letak kicap sikit...fuhh dapnya! Lupa pak mentua dok sebelah haha .. 

Minum petang by Maksu, burnt cheese cake. Maklong goreng karipap, Ummi tukang buat ayaq. 

Jumaat

Minum petang @ rumah Tok Teh di Manjoi. 

Kek pandan dan butter cake homemade by menantu Tok Teh. Gebus gebas keknya, sedap.  

Sabtu 

Breakfast Sajian GJee. Sekali lagi kami stay di Sun Inns Meru. Bilik yang sama :) Harga RM150. Takde perubahan ketara pada pandangan kami. Cuma, Cute Hotel depan Sun Inns ni makin meriah, ada cafe baru bukak. Actually, sebelah Sun Inns ni pun ada restoran Melayu, buka sebelah petang. Kami beli food for dinner kat sini je. Sedap juga. 

Ini baru episode makan-makan, nanti kita citer bab jalan-jalan pulak :D 

الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات 💚

15 comments:

  1. Meriah makanan. Balik kampung jumpa ramai saudara-mara memang tidak lari daripada acara makan-makan sambil borak.

    ReplyDelete
  2. makan2 bila holiday balik kampung = syurga donia :)
    memang diet ke lautan hindi la jawapannya.
    rugi kalau diet,kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupakan diet, kita nikmati je segala yg dihidangkan hihi...

      Delete
  3. Fuyoooo meriah makan-makan dia ye.. macam-macam di makan nya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Ako, setiap hari ada je yg sudi menjamu :D

      Delete
  4. Meriah semuanya & menyelerakan.. Bila la nak balik kampung kelate ni..huhu..

    ReplyDelete
  5. Wah...macam rancangan JJCM pulak ya. Macam-macam makanan dapat rasa.

    ReplyDelete
  6. Wah...semua menggoda selera betul...

    ReplyDelete
  7. Meriah makanan. Seronok berkumpul ramai ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sedap semua :)

      Tq singgah Cici.

      Delete
  8. Awat makan nasi campoq pakai sudu garpu.. Mana nak lekat bau kari kt tangan

    ReplyDelete